- slumber jer, anak-anak orang asli ni sikat bulu babi
- Interview Bah Ngoi kat kg Panggen, Cameron
- Ini buktinya kami sampai ke sini
- Rehat jap setelah sejam meredah jalan yang teruk!
- Crew dan anak-anak orang asli kat Kg Kuala Menson, Cemeron Highlands
- Orang asli yang masih tak dapat bantuan
- Kami tiba…
Mungkin ramai di luar sana tidak mengetahui bahawa orang asli turut menyumbang kepada keamanan negara ketika yang kita kecapi sehingga ke hari ini.
Sebelum merdeka, orang asli tinggal di hutan, persifat primitive dan bergantung hidup pada alam. Mereka ini sangat terdedah kepada pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam usaha mereka untuk mewujudkan sebuah parti politik di sini. Mereka digunakan sebagai alat bagi menyalurkan maklumat dan bantuan makanan, sekaligus dipaksa menjadi komunis.
Dalam operasi menyiapkan dokumentari bertajuk Senoi Praaq, aku berpeluang menemui Mohd Nor Abdullah, atau lebih mesra dikalangan krew dengan nama Pakcik Mohd Nor. Beliau merupakan orang asli yang bersemangat kental menentang komunis dan menerajui sebuah pasukan diberi nama Senoi Praaq. Idea Mohd Nor direalisasikan kerajaan British pada tahun 1956.
Senoi Praaq pada mulanya dianggotai oleh 10 pemuda orang asli dari suku kaum Semai. Orang asli yang terkenal dengan kepakaran mereka dihutan, mengaplikasikan ilmu di hutan untuk menjejak pengganas komunis.
Mereka bersama-sama Askar Melayu diRaja untuk menentang komunis. Dengan kepakaran orang asli dihutan, tidak hairanlah, mereka berjaya menjejak komunis yang berleluasa ketika itu.
Pertemuan pertama aku bersama Pakcik Mohd Nor, memberi kesedaran kepadaku betapa susahnya usaha pejuang-pejuang tanahair dalam melepaskan negara dari ancaman parti komunis.
Melalui cerita-cerita pengalamannya, aku terpegun kerana dia adalah antara pejuang yang berjaya menumbangkan berpuluh-puluh orang komunis.
Segalanya bermula apabila Pakcik Mohd Nor, ditangkap komunis dan dipaksa menjadi anggota kumpulan subversive itu. Pada usianya 8 tahun, dia telah diajar dengan teknik peperangan dihutan.
Sewaktu dalam kumpulan itu, beliau turut menjadi salah seorang anggota yang ditugaskan mengiringi Chin Peng, peneraju PKM ketika Rundingan Baling, di Kedah. Tidak cukup dengan itu, beliau berdepan berbagai kezaliman komunis.
Kemarahan beliau benar-benar memuncak, apabila berlaku pembunuhan 30 orang anggotanya ditembak mati oleh komunis atas alasan yang tidak munasabah. Apalah yang mampu beliau lakukan ketika itu?
Namun dari jumlah 31 orang itu hanya 1 yang terselamat, Bah Ngoi yang kini menetap di Cameron Highlands. Dialah yang telah menyebar berita kematian, itu bagaimanapun ramai yang tidak percaya kerana komunis telah menggali lubang bagi meletakkan mayat-mayat ahli keluarga mereka dan menutupnya dengan pokok-pokok tumbang.
Bermula peristiwa itu, Pakcik Mohd Nor melarikan diri dari komunis. Peristiwa itu pasti membuahkan dendam yang tidak terhingganya kepada komunis.
Hari ini Pakcik Mohd Nor menetap di Pengkalan Hulu, Perak dan menghabiskan hari tuanya dengan beribadat ke Allah. Beliau yang ku anggap wira Orang Asli ini kini boleh mendabik dada selesa, kerana kesemua anaknya kini berjaya menamatkan pelajaran di universiti.
Selepas PKM meletakkan senjata bersama kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, Senoi Praaq ditukarkan fungsinya dan diserap di dalam PDRM. Kini, pasukan ini diletakkan di bawah Pasukan Gerakan Am, PGA yang berpengkalan di Pengkalan Hulu dan Bidor Perak.
Selepas lenyapnya keganasan gerila komunis, kepentingan kaum peribumi orang asli semakin dilupakan di Malaysia. Orang asli merupakan antara wira negara yang tidak harus ditinggalkan oleh sejarah kerana usaha mereka menentang komunis.
Untuk melihat lebih jelas penceritaan Pakcik Mohd Nor, Bah Ngoi dna lain-lain veteran Senoi Praaq, saksikan hanya di Epik, Senoi Praaq, yang bakal bersiaran di saluran Astro Prima.








mus'ab
pak cik mohd nor merupakan veteran yang bolah dianggap wira.saya membesar sebaya dengan anaknya Sophiah..kebetulan ayah saya juga merupakan pengganas komunis yg ditangkap ketika mudanya utk menjadi CT.Mmg kebanyakan di pkt awal ramai pemuda orang asli dijadikan CT.kemudian British menyerapkan ayah ke dalam Senoi Praaq.melalui cerita ibu..pakcik mohd nor juga bertanggungjawab menyebarkan Islam ketika kami di kem Senoi Praaq ,Kroh dulu.
e-jay
saya ingin membuat kajian berkaitan senoi praaq nih…bleh x saudari memberi maklumat berkaitan dengan temat bekas2 senoi praaq ini untuk saya kaji..sekian terima kasih..
noraitusaya
Sory, saya tak perasan komen-komen kalian. Cerita pakcik Mohd Nor jugak telah didramakan. Tahniah buat beliau, kini telah mendapat gelaran Datuk. Saya berniat untuk bertemu dengan beliau lagi. Insyallah tahun hadapan.
abang besar
saya kurang pasti…
sebab dari info saya dapat lain cerita nya..
saya memang orang semai..
dan orang tua saya senoi praag ketika dahulu..
dan skarang beliau..berumur 70 lebih..
dan menjadi mata2 pada zaman tersebut..
sekian terima kaseh..