Esok ada penggambaran yang sekian lama aku nanti. Aku akan merakamkan tugas seorang sutradara wanita bersama kak Wan Hasliza.
Agak sukar untuk hubungikan kak Liza ni, memandangkan dia sangat sibuk dengan tugasan sebagai sutradara dan maklum sahaja la bila ada di lokasi, memang tak menang tangan. Aku sangat memahami itu.. Aku pun kalut, inikan pulak seorang penerbit drama.
Apapun kak Liza ada sempat juga menghantar email menyatakan lokasi penggambarannya di Kelumpang.
So esok aku akan ke Kelumpang.
Uish.. macam tau…
Kelumpang???
Kat mana tu? Aku tak tau.. Kolumpo, aku tau la..
Di google, Kelumpang tu dekat Perak!
Iyeke? Jauh la pulak…
…………..Tet…………. (tetiba bunyi sms la pulak)
Tetiba jer dapat sms dari Kak Liza, macam tau-tau jer aku dalam kesusahan.
Mungkin dia baru terbaca sms aku siang tadi.
So katanya, esok di Kelumpang Resort, Tanjung Malim.
Lorh memang dekat Perak pun, seperti di duga.
Tapi katanya only 45 min jer dari K.L. Dekat sesangat…
Seriously???
Ya, tapi u kena bawak 120 km/j la…
Ok…
So sempat jugak aku jengah-jengah di internet Kelumpang Resort, ini yang aku jumpa…
Eee.. macam best pulak tempat ni. So kenalah bawak kamera, boleh posing…


Recent Comments