Umrah 2018 – Shopping beringat!

f3460864

Rindu Mekah… Rindu Madinah.

Betullah ustaz kate, kalau pergi Mekah mereka akan dapat penyakit rindu nak ke Tanah Suci lagi…. Seronok sangat, masyallah rasa dekat aje kite dengan Allah. Tak fikir kerja dah, lantak la nak jadi apa. Seronok dapat tengok kaabah, masyallah. Selalu tengok dalam tv atau kat sejadah, kali ni betul-betul tersergam depan mata. Ha tak terkedu! Syukur sangat dipilih jadi tetamuNya. Sesungguhnya, pandang kaabah aja dapat 20 rahmat, kate ustaz. Maafkan saya kalau salah.

Tapi dalam kesibukan tu, sempat jugak aku bershopping di saat akhir di Mekah. Pakej yang aku amik, menetap di Elaf Kinda, jarak 50 meter dari masjid dan sebelah Zam Zam Tower. Jadi korang rasa, aku shopping kat mane? Ye, aku shopping kat situ aje, sewaktu di Mekah.

Aku tak pasti murah ke tidak, tapi aku rase shopping mall bawah tu memang murah. Aku boleh dapat abaya harga 50 riyal, 70 riyal, depands on quality. Seriusly kalau kat KL aku rasa RM180 tak lari kalau pattern begitu, dan mesti di butik. Tapi orang kate boleh dapat lagi murah kat area Dataran Merpati. Sesungguhnya aku memang tak berjalan sangat, 6 hari kat Mekah tu rase singkat bebeno, campur dengan hari balik.

Kalau di Madinah memang orang kate shopping heaven. Mungkin betullah… tapi aku rase jubah diorg ni, pegi kedai manapun design sama aje. Harga pun lebih kurang. Cumenya trick diorg ni, mereka banyak jual combo. Contoh RM100 3 helai, 4 helai dan 5 helai. Kalau nak beli banyak, jadikan buah tangan sesuailah… Kat Madinahpun aku tak jalan sangat, jadi aku membeli di sekitar kedai di kasjid aja. Tak sempat masuk mallpun, sempat lalu je. Mungkin sebab partner hakak x suke berjalan!

Sepanjang jalan nak ke masjid korang memang nampak kedai je… mostly jual jubah la. Jadi, aku pun singgah la cuci mata.

Kurma pulak aku membeli di ladang kurma, dan sebenarnya orang kate kat situ mahal… Terkena den. Kat Madinah harga pistachio aka kacang cerdik RM40 sekilo, murah betul. Kacang-kacang aku banyak beli di Madinah, dan top up sikit kat Mekah.

t4769088

Kalau membeli pulak, aku prefer membeli dengan orang Kyirgistan or Rohingya. Mereka ni lebih lebih lembut berbandibg orang arab. Dan bagi aku layanan diorg ni memang tip top, siap tolakkan whellchair mak, dan boleh sembang isu semasa dengan orang Rohingya. Dia kata Malaysia baik, tolong Rohingya. “You are my sister, everyting for you”. Tu yang tiga abaya qualiti tinggi harga 200 riyal aje. Bagi aku murah la… x sure pulak kalau tempat lain lagi murah.

Oklah, tu sahaja tips membeli yang aku boleh kongsikan. Apapun, better fokuskan ibadah dari shopping… Tapi kadang-kadang hakakpun terpesong!

f20225792

Advertisements

Umrah 2018: Sesuaikan diri dengan cuaca dan budaya

Aku menunaikan umrah pada bulan 30 Jan hingga 12 Feb. Waktu ni musim sejuk di Madinah masih berbaki. Suhu di Madinah kira-kita 16c, sementara di Mekah 32c. Maklumlah kami di Tanah Suci kira-kira 12 hari, jadi kena sesuaikan diri dengan keadaan. Kalau tak jaga, boleh dapat macam-macam penyakit, termasuk sakit hati.

Bagi yang dah biasa travel, mesti korang dah tau pakaian yang sesuai dengan cuaca begini. Bagi aku, persiapan untuk mak dan ayah aku dahulukan sebab mereka memang tak pernah travel jauh. Aku belikan sarung tangan, sweater dan stokin tebal. Bukan setakat cuaca di sana, aku dah prepare untuk mereka menghadapi sejuk dalam kapal terbang. Mak yang katenya tak nak pakai sweater tu, dalam flight lagi dah mengadu sejuk. Siap pakai sarung tangan lagi! Aku dah jangka, die memang tak tahan sejuk.

Kalau nak diikutkan sewaktu kedatangan kami cuaca tidaklah sejuk sangat, kita orang Malaysia ni masih boleh tahan, dengan jubah dan disaluti telekong, insyaallah sudah memadai. Kalau sejukpun mungkin waktu subuh atau Isyak. Sweater sudah cucup, nak simple lagi pakai shawl. Lagipun kita banyak pakai telekong, insyallah cukup dah tu. Bagaimanapun perubahan cuaca ni boleh menjadikan kulit kita kering, keluar bintik-bintik merah, jadi gatal-gatal dan merah. Jadi sediakan losyen dan lips balm bagi mengurangkan masalah ini, dan elak mandi air panas. Biasalah kan, kalau sejuk mesti nak mandi air panas… jadi kurang-kurangkanlah ye…

Satu lagi paling penting Mekah dan Madinah agak kering dan berdebu. Tambahan dengan banyak construction di sekeliling masjid. Jadi tentunya banyak habuk. Cara nak mengelak dari habuk ni, guna la nose filter. Kalau travel agent Faizin memang mereka ada remind untuk beli ni sewaktu khusus lagi, tapi sebelum naik flight semasa taklimat pun mereka ada remind. Sebab dah menjadi kelaziman para jemaah akan mendapat batuk, pada hari-hari terakhir di Tanah Suci atau sebaik balik Malaysia. Memang betulpun, kami satu family batuk-batuk manja. Akupun selsema berdarah. Sebab aku memang jarang-jarang pakai nose filter tu…. Harga nose filter ni, RM20, ada 2 pasang. Dah pakai boleh basuh. Sepanjang 2 minggu, insyaallah cujup sepasang. Jangan beli banyak-bangak belum tentu anda selesa nak pakai benda ni. Aku pulak beli nikab, pakai nikab aje… Feeling-feelibg arab sikit.

Ok, bila kita di tempat tumpuan orang, of coz kita akan berdepan dengan masyarakat dari pelbagai negara. Jadi memang macam-macam perangai pelik yang kita akan nampak. Jaga mulut, jaga hati. Dan bagi yang bawak mak ayah tu, remind la diorg… Macam aku, aku memang admid mak ayah orang kampung, tak pernah ke luar negara, pengetahuan diorg memang limited sikit. Memang aku selalu remind diorg la, jangan amik tahu hal orang sangat. Lantaklah diorg punya kain kotor ke, anak diorg kacau kite ke, diorg selfish ke, buat tak tau aje, jangan simpan dan jangan cari pasal.

Biasalah orang Arab badan besar-besar, main langgar je… kadang-kadang kepala kita pun jadi tongkat. Ada nenek-nenek yang dah tua, tak kuat jalan tu, kepala kita pun dijadikan stand untuk bergerak… Sabar… Dalam lif pun sama, orang India ke, Pakistan ke, memang suke rempuh masuk lif beramai-ramai walaupun dah tau sempit… Sabar…Time sembahyang, tetiba ada orang duduk sambil menjulur kaki, dan dia sembahyang duduk, sujudlah kamu ditepi kakinya… Sabar…

Orang India pulak mazhab lain, sembahyangnya simple, kakipun boleh nampak… dan mereka suka duduk berlonggok dan takkan bergerak walaupun bilal dah suruh rapatkan saf. Aku selalu tengok saf perempuan lopong kalau di Madinah. Buat bodoh je la… Kita carilah saf yang sesuai. Orang Indonesia, memang selalu bergerak berkumpulan, tekelongpun ada tanda yang sama, selalunya ada bunga seketul, kadang-kadang baju sama…

Orang Malaysia? Paling humble, paling penyabar, tak degil, dan paling ketara kalau nak masuk Raudah. Mereka memang akan asingkan orang Asia dengan bangsa lain. Bukan apa, orang lain agak ganas dan kalau orang kita bercampur dengan bangsa lain, erm… lunyai agaknya. Elok kalau nak masuk Raudah sendiri, jangan la tercampur dengan group lain ye. Cari group Malaysia.

Dan orang Malaysia ni paling digemari peniaga… Nanti kita share part shopping pulak ye…

Umrah 2018: Ustaz Pilot terbaik

Alhamdulillah, untuk umrah yang pertama ini, aku bersama travel agent Faizin, dan insyallah akan setia bersama Faizin kerana cukup berpuas hati dengan bimbingan ustaz Lukmanul Hakim aka Ustaz Pilot sejak hari kursus. Walaupun tidak ada rezeki umrah bersama beliau, mutawif dari Faizin cukup menyenangkan. Sebelum mengikuti kursus umrah, macam-macam yang aku fikirkan. Maklumlah, aku ni agama tak tinggi, suam2 kuku aja… Tapi persepsi aku terus berubah bila mengikuti kursus umrah bersama Ustaz Lukman. Dia memang mengajar dari hati, dan mengajar kita dari A to Z. Dia mengajar kita dari kosong. Dia tidak langsung melihat kita sebagai orang yang memang dah pandai agama, ye la kadang-kadang orang ni nampak jer macam pandai, tapi hakikatnya lebih kurang aku la jugak. Baca doa pun merangkak jugak… jadi ustaz sarankan, baca aje bahasa Melayu. Tak guna baca betul, waima berlagu sedap tapi tak faham maksud.

Ustaz ajar juga, cara solat dalam flight. Kalau tengok dalam youtube, memang ada macam-macam versi. Ada yang kena mengadap kiblat la, berdiri dulu la, agak payah jugak tu, nak tanya siapa pulak kiblat tu… dan kapalpun bergerak, jadi adakah kiblat kita bergerak jugak? Itu yang jadi complicated, sampai orang tak sembayang terus. Ustaz ada pesan, kadang-kadang makcik-makcik ni baru balik minta ampun segala dosa, belum sampai Malaysia dah buat dosa balik. Menurut ustaz, kita sembahyang duduk terus di tempat duduk kita susah memadai.

Cara ambil wuduk… cara guna botol spray pun diajarnya. Pengalaman dia,memang ramai orang bawak botol wuduk tu, tapi tak geti guna. Pergi ambil wuduk dalam flight, sampai pramugari terpaksa announce jangan banjirkan toilet. Ini betul-betul terjadi dalam flight sewaktu penerbangan balik aku dari Jeddah ke KL. Kami melewati 4 waktu sembahyang, Zohor, Asar, Magrib dan Isyak. Magrib dan isyak boleh jamak takhir di airport, Zohor dan Asar memang kena solat dalam flight. Tu yang huru hara sikit tu… Tapi aku puji pilot masa ni, dia announce waktu sembahyang. Waktu pergi dari KL ke Madinah, takde announcement dibuat, sampai ada orang solat subuh 2 kali. Kalau tak boleh sangat ambik wuduk, sembahyanglah hormat waktu. Tak semua penceramah akan bagi tau sedetail ni ye…

Bile waktu balik dari Jeddah ke Kl aku tanye mutawif, which is bukan ustaz Lukman, macamana nak tau waktu solat dah masuk ke belum, dia jawab tengok matahari…. ye terima kasih ustaz. Aku dah fikir dah nak tanya pramugari sebab aku bukan ahli falak, kalau tengok mataharipun aku tak tau tu waktu apa. Tambahan, kalau tengok tingkappun nampak putih aje… Mgkn ustaz nak test aku agaknya. Mujur flight attandent buat announcement. Takde la semua orang teropong tingkap.

Bagi aku yang first timer plus aku bawa mak ayah yang uzur, of coz aku risau. Tapi ustaz selalu tenangkan aku, ada orang keadaan lagi teruk, orang cacat pun boleh tunaikan haji. Jangan risau kemudahan ada, wheelchair boleh guna yang sedia ada hasil orang wakaf, atau boleh beli sendiri then wakafkan.

Alhamdulillah, betullah… kalau kita anggap benda tu mudah maka mudah la ia. Sampai di Madinah kami terus berurusan dengan Faizin untuk dapatkan whellchair untuk mak. Dengan deposit sr200, kami pinjam wheelchair untuk kegunaan mak. Tapi lepas dua hari guna, kami decide beli aja dan di bawa ke Mekah, pastu wakaf aja.

Sebenarnya nampak macam leceh nak kena tolak wheelchair, tapi sebenarnya Allah bagi mudah dalam banyak perkara. Contoh di Raudah, kalau kita menolak wheelchair, untuk masuk ke Raudah adalah 20 kali ganda lebih senang berbanding perseorangan. Aku dapat merasa dua-dua kaedah. Kalau berseorangan, anda perlu kekuatan mental dan fizikal. Ibarat kena rempuh dan perlu ketahanan untuk dirempuh. Memang sakit badan. Ye la… ingat senang Allah nak bagi ganjaran. Walaupun pakai wheelchair perlu beratur panjang, tapi keaadaan lebih terkawal. Sambil menunggu anda boleh solat sunat, boleh mengaji, boleh baca yasin. Itulah hikmah Allah bagi. Walaupun nampak macam penat tolak wheelchair, tapi hakikanya taklah penat pun… cumanya mungkin sedikit terbatas.

Kalau di Masjid Nabawi, bagi aku yang leceh adalah kalau nak ke toilet, sebab toilet perlu turun melalui escalator. Aku tak jumpe lif. Mgkn tak ada, atau jauh. Jadi kalau mak nak buang air, kami akan balik hotel aja. Takpe, ini adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Mujur hotel dari Faizin dekat aje… dalam 150 meter melalui pintu 15.

Alhamdulillah… walaupun aku agak berdebar sebelum pergi, ternyata semuanya menjadi mudah dengan izin Allah. Janganlah cepat mengalah kerana keuzuran. Actually itulah yang selalu membataskan emak setiap kali untuk ke tanah suci. Mak risau tak kuat jalan, mak risau takut selalu nak kencing, mak risau menyusahkan anak-anak. Hakikatnya, semua jadi mudah. Dengan sedikit bimbingan dan keyakinan dari orang berpengalaman seperti ustaz Lukman, kami sekeliarga memberanikan diri merialisasikan impian kami sekeluarga. Syukur…

Ada banyak lagi nak dikongsikan. Tunggu next entry ya.

Umrah 2018: Doa ke 2 Kota Suci

Bismillahirrahmannirrahim…

Dua Kota Suci yang dimaksudkan Mekah dan Madinah. Alhamdulillah syukur tak terhingga saya dan keluarga, iaitu suami, mak dan ayah selamat menunaikan ibadah umrah pada 30 Jan – 11 Feb 2018. Siapa sangka Allah bagi rezeki yang tidak terjangka sehingga membolehkan kami sekeluarga ke rumahNya.

Seorang ustaz pernah berpesan pada saya, kalau betul nak pegi, doa… bulatkan tekad. Insyallah Allah akan bagi rezeki yang tidak pernah kita duga. Allah akan mudahkan untuk kita ke rumahNya.

Dah lama saya menyimpan azam nak ke tanah suci, tapi jauh di sudut hati, saya perlu dahulukan mak dan ayah yang belum pernah jejakkan kaki ke Baitullah. Tak adil rasanya uuntuk saya pergi dahulu ke Kota Suci ini, sebelum mak dan ayah yang banyak berkorban wang rringgit demi saya. Walaupun simpanan boleh kira lepas untuk diri sendiri, tapi untuk mak dan ayah belum tentu.

Alhamdullillah, ntah macammana Allah susun jalan cerita ni sangat cantik… dalam kata tak ada duit tu, sebenarnya boleh pulak pergi sekeluarga. Itulah namanya tekad. Takde pulak sampai tak cukup makan kami sekeluarga…

Mula dari doa lepas sembahyang, saya turut kirim doa setiap kali kawan-kawan ke tanah suci. Alhamdulillah, doa kawan-kawan dimakbulkan Allah. Terima kasih pada semua yang sudi membacakan doa saya dari hati kalian. Walaupun kadang2 saya rasa doa untuk pergi ke sana bersama keluarga tu mcm 50/50 sebab faktor kewangan. Tapi hakikatnya Allah mudahkan. Allah bagi rezeki dalam bentuk yang kita tak pernah duga dan terfikir. Berulang kali saya tegaskan ayat ni, yang penting kita yakin dan jangan putus doa.

Saya tak berniat nak tulis panjang. Ini baru intro, insyallah esok saya kongsi tips di tanah suci dan pengalaman bawa mak ayah yang tak pernah travel jauh, mungkin boleh memberi manfaat kepada pembaca semua. Sebenarnya dah pukul 2 pagi, esok saya mula kerja… so bye…

Rindu…

Tiga bulan secara senyap aku telah meninggalkan dunia yang aku sayang iaitu production live. Sungguh aku rindu… Aku telah dipindahkan ke unit kandungan, ya cabarannya lebih besar. Ibarat semua yang ada dalam station tv itu, kami perlu tau. Dari promo, kandungan program, pre pro, actual, hinggalah ke post pro. Selepas program atau sesuatu event besar, what next? Masuk rancangan apa pulak? Oh my, berat jugak nak hadap dunia baru. Tapi it’s ok, aku happy di sini.

Tapi tipulah, bila tak rindu nak berkejaran sana sini, nak hasilkan program baru, walaupun mula-mula rasa nak nangis, tp kepuasan tu lain macam. Bila tengok program sendiri ada di tv, puas hati. Walaupun masa on air masih berdebar lagi, takut-takut ada yang silap lagi kat tv nanti. Bila rating keluar satu hal! Ratinglah kayu pengukur kejayaan sesuatu program. Kalau rating tinggi maka, seronok. Kalau rendah, maka down sikit… tp kena ligat kepala nak fikir yang terbaik utk next episod.

Tak sama bila jadi custodian, kita pemberi pandangan dan cadangan aja. Bukan pembuat. Pembuat of coz leboih proud dengan karya mereka. 

Apapun bersyukur dengan apa adanya sekarang. Kalau rindu boleh aja ke production live balik… Insyallah. Ceo pun rindu, inikan I… Stay positive.

Kisah kejayaan kawan-kawan di Final AN17. Semua happy, selepas konsert tamat, I dah chow dulu… sory, malas nak bersesak. Tahiah u alls. 

My new life consist of meeting and meeting.

Facebook “bogelkan” kita?

download

Harini, saya terpanggil nak menulis tentang posting saya, beberapa tahun lalu di Facebook, berbunyi “Facebook membogelkan kita tanpa sedar”. Uish berat bunyi tu. Tapi kadang-kadang bila scroll balik, memang betul. Paling terpanggil bila semalam semasa mengikut seminar di MCMC, ada seorang budak tegur saya. Kak Nora kan… dengan dahi berkerut, saya tanya, “kita pernah jumpa ke”? Dan dia jawab, kenal akak kat instagram. Akak jual mi siputkan… Masyallah… keciknya dunia. Media sosial memang tidak membataskan kita untuk kenal sesiapapun. Mungkin tanpa kita sedar, jiran sebelah rumah rupanya follower di Instagram, tapi secara realiti tak bertegur sapa.

Bukanlah saya dah “membogelkan” diri, tapi secara tidak langsung kalau tak dicontrol dengan baik orang luar boleh mengenali kita dan perangai kita melalui media sosial. Sekarang ni, nak apply kerja pun orang tengok personaliti kita kat media sosial! Dari FB status, dari gambar-gambar di IG, orang dah boleh melihat dan menilai diri kita. Walaupun mungkin tak betul, tapi itulah perception.

Perception tu penting! Kalau tengok orang selalu post pasal cuti, simply orang akan cakap dia ni suka bercuti, tak der keje ke, banyak duit, advancerous. Kalau tengok orang asik posting pasal anak dan family, simply orang cakap dia family type. Kalau asik post pasal keje, dia ni worker holic! Hahaha… itu perception aje. Ada juga yang kata, show off! Hakikatnya mungkin tak sama.

Saya dan anda, hopefully hanya post selected information… Gambar yang terbaik dan story yang baik. Setiap orang mungkin ada niat sendiri kenapa nak post sesuatu, mgkn untuk rekod diri sendiri, mgkn juga ingin menjadi inspirasi kepada orang lain, or mgkn nak menunjuk. Berbalik pada niat, jika kita berniat baik, insyallah baiklah jadinya.

Hakikatnya, apa yang ada di media sosial tu, bukanlah semua gambaran diri kita yang sebenar. Setiap yang dipost, adalah selected information, of coz hanya perkara baik. Hati-hati, supaya tidak dibogelkan oleh media sosial.

Sekian.

Tip shopping di baby fair

Tce baby fair datang lagi… wow bestkan dapat beli barang dengan harga murah. Tapi apa yang melemahkan sebab terpaksa berhimpit-himpit untuk dapat barang. Operasi pilih memilihpun x kurang susahnya. Ye lah… semua nak yang terbaikkan, lagi2 para ibu… memang penyabar orangnya. Sanggup aje pilih barang berlama-lama. Kalau lelaki confirm duk tepi jer, jaranglah nampak diorg berebut pilih barang. 

Sikit jer tips nak share, seeloknya pegi la pagi-pagi pukul 10 tu… jgn pegi hari jumaat dan lunch hour! Nanti nak jalan kena selak orang. Kedua, tak payah la bawak baby dgn stroller, sebab anda akan menyumbang kepada kesesakkan dan anda pun susah nak memilih. Pegilah waktu office hour, senang… pandai2 lah korang set masa ya… Satu lagi aku tgk orang berbondong2 beli pempers. Aku rase setelah kira2 takde lah untung sangatpun. Sebab pampers blh dpt murah kalau sales. Tak taulah… tp aku jarang beli pempers sebab x berbaloi beratur panjang. Terpulangla…

Terbaru ni sempat jugak aku ke Tce Baby Expo di Mid Valley. Alhamdullillah berbaloi…

Botol susu tommee tippe, 2 botol rm39.90 aje. Biasenya 1 dah 30++. Putingpun rm10 dapat 2. Biase dekat rm20 satu.

Plastik milk storage pun rm10 aje, biase rm13 ke atas.

Seluar tido ni sehelai rm6 je… sesuai sgtlah. Seluar Amsyarpun semua dah singkat. Baju2 ni rm5 je. Quality ok… 

Dapat swimming suit Amsyar for rm15 aje…

Dapat beg susu ni, rm35 aje.

Sekian… I like baby fair! blh survey barang baru for baby.