Kembara ku bersama Si Primadona

Ai kak Erra, tak yah la hafal jawapan tu...

Ai kak Erra, tak yah la hafal jawapan tu...

Erra Fazira bukanlah nama asing dalam bidang seni hari ni. Dia telah berlakon lebih dari 30 buah filem dan bertahan lebih dari satu dekad dalam industri perfileman. Kerjayanya bermula sebagai modeling, menjadi ratu cantik, penyanyi dan seterusnya pelakon terkenal. Dengan pencapaiannya dipelbagai anugerah dalam industri perfileman, bagiku dia memang layak digelar primadona filem melayu.

Aku dan team, Amina Shuib, akan mengendalikan empat episode dari Cerita Artis Malaysia (C.A.M) season 2 iaitu episode Erra Fazira, Saiful Apek, Tiara Jaquelina dan Roslan Aziz. C.A.M merupakan program berbentuk biografi artis dan bersiaran di Astro Ria.

Ini merupakan program hiburan pertama yang aku kendalikan, jadi aku mengambil ini sebagai cabaran dalam bidang kerja aku sebagai wartawan. Tambahan lagi, kali ni aku diberi peluang menjadi penerbit untuk beberapa episod.

Pengembaraan aku bermula dengan episode Erra Fazira. Mulanya aku rase amat sukar bila terpaksa berdepan dengan kerenah artis-artis yang bakal diinterview untuk program ini. Maklumlah schedule artis, perlulah kita hormati. Tapi nasib baik lah Kak Erra kita ni seorang yang mudah memberikan kerjasama. Walaupun sibuk dengan pengambaran drama bersiri Mertua vs Menantu, Erra masih ada masa untuk kami.

Kali pertama bertemu Kak Erra di rumah terbuka anjuran Suria FM, aku kagum melihatnya. Wajahnya yang cantik dan budi bahasa yang tinggi kepada semua wartawan yang hadir menyebabkan aku semakin teruja untuk membongkar kisah hidup actress ini.

Di episod ini kami telah menemuramah beberapa orang penting dalam kerjaya Erra. Antaranya Datuk Yusuf Haslam, Kak Intan dari Karangkraf, penulis dan penerbit Habsah Hassan, suami Erra, Engku Emran, peraka fesyen Micheal Ong, peminat setianya dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan episod Erra Fazira-Primadona Filem Melayu, hanya di Astro Ria Mac nanti!

testing-testing

testing-testing

bersama-team karangkraf

bersama-team karangkraf

cameraman-putt

cameraman-putt

Aku dan Erra Fazira di majlis rumah terbuka SuriaFM

Aku dan Erra Fazira di majlis rumah terbuka SuriaFM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s