Belasungkawa Tn Hj Shafiee

Hari Selasa tu hari yang agak memenatkan. Selepas seharian buat kerja kat ofis, petang tu pegi pulak meredah jam untuk ke p.j and malam ada plak meeting pasal vblogger.

Lepas meeting, aku wat pulak voice over untuk episode Erra yang baru je nak masuk offline editing. Ngam2 lepas bace tu, aku dapat panggilan dari Arif. Mase tu kira-kira pukul 11 lebih. Apehal plak si arip ni nak call malam-malam ni. Arif kate aku nak sampaikan berita tak baik. Aku tanya ape die? Dia jawab tuan haji dah tak de, meninggal excident kat New Zealand bawak student. Dengan keadaan aku yang blur2 dengan vo aku tadi tak sempat save. Aku diam kejap. Oh… ayah tuan hj meninggal ke? Terkeluar soalan bodoh dari mulut aku, pada hal aku dengar dengan jelas tadi. Past tu arip terangkan lebih detail. Baru lah aku sedar, mase tu aku terduduk tepi tangga kejap. Arip letak phone and die kate nak kol kengkawan lain. Aku masih tak percaye. Sampai la dah siap semua keje kat ofis, on da way balik uma, aku kol uza. Dengan suara uza yang serak2 macam orang baru nangis, barulah aku ni rase sedih dan rase nak nangis tapi tak nangis.

And esoknya aku baca dalam paper tentang kemalangan tu. Arwah ni memang seorang yang baik dan mesra dengan student. Rasenye sepanjang belajar dengan dia tak de pulak die menyakitkan hati student. Die sentiase faham masalah kitorang dan sentiase berusaha memberi cadangan untuk membangunkan masscomm. Aku percaya, kerana usaha dia dan beberapa pensyarah lain, baru kerap pelajar berpeluang ke oversea. Sebelum ni tak de pun. Itu benda bagus untuk student dengan memberi pendedahan yang lebih luas tentang negara luar. Aku rase jasa-jasa yang ditabur untuk student dan fakulti memang tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Walaupun arwah telah kenangan bersamanya tak kan luput di hati setiap pelajar masscomm uitm…

Apepun semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah…

Ini antara laporan berita dari utusan malaysia.

Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand

 

 


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.

Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit.

Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s