Mahluk itu hampir membunuhku

Sedang aku mengadap komuter ni, tetibe-tibe jer aku nampak seekor makluk terbang-terbang kat depan aku. Ish mengganggu pandangan betul. Bile tgk betul-betul eee menakutkan! Nak tau aper? Yang belang hitam putih tu la…

Nyamuk Aedes!!!

Nyamuk eades

Nyamuk eades

Aku memang takut dengan nyamuk ni, uhhhh specis bahaya. Aper taknye, gara-gara nyamuk ni aku terperuk seminggu hospital klang, kene denggi. Ish seksenya, hari-hari 3-4 kali aku kena suntik amik darah. Sakit tau… Ader satu hari tu doktor praktikal tu sengal, salah suntik. Pagi tu kena 2 kali amik darah. Habis ler darah aku! Tak baik tau doktor tu, ingat aku ni bahan ujian ker…

Ader budak myanmar yang duduk depan aku tu lagi kesian. Nampaknye die kene lebih teruk dari aku, takleh makan langsung, asik muntah jer… Setiap kali doktor praktikal yang amik darah die mesti fail. Putih sangat agaknye, sampai tak jumpe urat. Kesian budak tu, berape kali doktor tu suntik, kiri tak keluar darah kanan lak, kanan tak keluar, kiri balik. Budak tu dah la tak geti cakap melayu, english pun kureng. Cine boleh la sikit-sikit. Sampai satu subuh nie, doktor tu boleh teman budak tu tido, siap dodoikan… Kejap lagi baring same2 atas katil, tapi kejap jer… Tande mintak maaf agaknye, sebab tebanyak kali suntik. Eee tak paham aku. Mungkin budak tu ckp die sedih sgt kot, semue family kat myanmar…

Yang bestnyer bukan aku jer yang kene, boleh dikatekan ramai gak la staff kat FM ni kena, antaranya Kak Lin, Aminah, Fiza dah ader lagi yang aku tak ingat… Gara-gara kene denggi, aku tak dapat ikut shooting reenactment Senoi Praaq, sedih…

Nyamuk ni, tak cukup dengan aku, family aku pun kene gak. Tapi penyakit lain, bukan denggi tapi chikungunya. Bukan setakat mak and ayah aku jer kene, boleh dikatekan satu kampung kene serang sakit ni. Sampai pergi hospital pun doktor bagi ubat jer, wad pun tak muat.

Chikungunya ni sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan Aedes aegypti. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953.

Di Malaysia, chikungunya bukanlah penyakit yang boleh membawa maut walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ada melaporkan kematian membabitkan chikungunya di negara Afrika. Chikungunya diambil daripada bahasa Swahili bermaksud “yang boleh dibengkok’ merujuk kepada kedudukan badan yang bengkok kerana serangansakit sendi (seakan-akan arthritis).

Berbanding kanak-kanak, golongan tua yang diserang chikungunya lebih lambat untuk sembuh sepenuhnya. Ia mungkin memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Masa pengeramannya boleh menjangkau dari tiga kepada 12 hari.

Info Demam Chikungunya


  * Chikungunya adalah penyakit berkaitan virus yang disebarkan nyamuk Aedes, punca 
yang sama penyebab denggi.
  * Sejak penemuan pertamanya di Tanganyika, Afrika pada 1952, wabak chikungunya 
tertumpu di negara benua Afrika dan Asia. Bagaimanapun akhir tahun lalu, chikungunya 
dilaporkan berlaku di Itali.
  * Januari 2008, Singapura dilanda chinkungunya sebelum dilaporkan berlaku di Johor 
pada Mac tahun yang sama.
  * Chikungunya tiada ubat. Rawatan diberikan untuk menangani simptom seperti demam 
dan sakit sendi.
  * Chinkungunya ditandai dengan simptom demam panas mengejut, sakit teruk pada 
sendi, ruam dan sakit kepala. Tanpa ujian darah, ia mungkin boleh tersalah diagnos 
sebagai denggi.

Sumber chinkungunya:http//archives.emedia.com.my 
Advertisements

One thought on “Mahluk itu hampir membunuhku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s