Takziah Buat Siti Nurhaliza

Semoga siti tabah dengan ketentuan illahi

Semoga siti tabah dengan ketentuan illahi

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2009:  Sesudah menjalani pembedahan bypass jantung, Jumaat lalu, ayah penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.50 pagi tadi (Ahad) di Hospital Ampang Puteri.

Allahyarham Tarudin, bekas anggota polis, meninggal dunia akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan penyakit kencing manis.

Mengesahkan berita menyedihkan itu kepada murai.com.my, sebentar tadi (jam 12.30 tengah hari), kakak ipar Siti, Rozie, berkata Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Siti Salmah Bachik serta anak-anaknya. Beliau meninggalkan 7 anak dan 10 cucu.

“Abah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya. Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.

“Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis,” kata Rozie dalam nada terharu.

Kata Rozie, Allahyarham telah menjalani pembedahan bypass jantung pada Jumaat lalu tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak semalam.

“Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir,” kata Rozie lagi.

Sumber: http://www.murai.com.my

Setiap yang hidup pasti akan mati.

Persoalannya bersediakah kita menemui hari kematian?

Jika dihitung kira, berapa banyak amal yang kita buat hari ni, dan berapa byk pulak dosa yang kita dah buat?

Berapa banyak pulak yang pernah kita sakiti bila sedar maupun tanpa sedar?

Berapa banyak pulak benda yang kita ambil tanpa izin?

Berapa ramai pulak orang yang kita umpat tanpa sedar?

Berapa banyak pulak mata melihat benda yang salah?

Takutnyer… Banyaknya dosa aku hari ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s