Tak sedap hati jer…

Hari ini aku malas. Malas untuk bangun dari tidur ku yang tidak pernah lena sejak semalam.  Dibuai mimpi-mimpi bodoh yang kejap-kejap singgah. Mimpi yang sukar ditafsirkan, kata-kata berbisik seperti aku, dia atau si polan dan si polan adalah orang itu. Dalam senarai hari esok.  

Semakin aku malas. Namunku kuatkan semangat, aku mesti mandi. Aku harus bekerja, peristiwa semalam pasti berlaku juga hari ini. Tapi siapa gerangannya, tunggu saja tiba di ofis nanti.

Aku sekali lagi malas, untuk membuka pintu kereta sekalipun. Terasa berat pintu yang selama ini aku buka selamba. Semakin hampir aku ke ofis semakin kencang rasanya jantung ini. Kemalasan itu sudah tidak ada lagi, tapi jantung berdegup kencang seolah satu tanda tidak baik akan berlaku.

Aku tiba di ofis. Aku melangkah malas dari parking ke pintu ofis. Ku pandang lama pintu sambil cuba mengangkat perlahan tag untuk punch card. Aku berjaya mengharungi kemalasan itu. Aku boleh masuk ofis, punch card ku berfungsi! Ini bererti aku tidak dibuang kerja hari ini. Tapi esok belum tentu.

Semalam… Bukan hari malasku. Isnin semestinya semangat untuk bekerja semakin berkobar-kobar. Tapi bila ku lihat 2 sahabat dari team CAM mengalirkan air mata deras, dan berkata “kitorang dah ditamatkan perkhidmatan”. Aku sentap. Sekali gus mataku berkaca. Tak sangka apa yang dibualkan betul-betul menjadi kenyataan. Mereka orang yang rajin bekerja dan mereka juga orang yang sedang ada kerja untuk dibuat. Mengapa mereka?

Sekaligus aku terfikir, bila hari ku. Bila hari ku. Bila hari ku. Suspen untuk ke ofis. Adakah aku dalam senarai itu. Aku belum bersedia meninggalkan tempat ini, terlalu banyak yang ingin aku pelajari. Namun jika keadaan mendesak, aku terima ini sebagai takdir. Rezeki ada di mana-mana… Tapi time gawat ni, susah nak katalah…

Kepada kawan-kawan yang telah pergi, aku doakan kalian mendapat pekerjaan yang lebih baik. Percayalah setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Luv u friends.

Advertisements

3 thoughts on “Tak sedap hati jer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s