Ianya hampir selesai…

Kerja dah hbs, boleh la compile tape yer..

Kerja dah hbs, boleh la compile tape yer..

Program CAM yang aku dan team kendalikan sejak Oktober yang lalu kini telah hampir pengghujungnya. Hanya 1 episod yang masih diedit sementara 3 yang lain hanya menantikan kata ‘yes’ dari pihak pengurusan di Astro  dan 9 episod telahpun ditayangkan.

Pada mula mendapat job ni, semua dari anggota team memang merunggut habis. Al-maklumlah kena sambung kerja orang, lagi pun nak kena deal dengan artis memang leceh. Merungut punya merungut pun, kami ni makan gaji. Buat lah jugak. Biasalah bila deal dengan artis ni, kita kenalah ikut time die, shooting la, photo shoot la, and part-part nak mintak gambar mase kecik, perit la sikit. Ader artis memang tak suke nak cite perkara-perkara bodoh die masa kecik or muda.

Sewaktu sibuk dengan program ni, memang susah nak tengok aku senyum. Hari-hari muka nak ketat… Aku pun tak faham mungkin aku risau sangat kot. Memang aku serabut, mungkin orang nak tegur pun takut… Huhu.. Nak balik kampung pun tak sedap hati jer, yer lah keje melambakkan… Senang citer dah lama jugaklah aku tak balik kg… hehe sory mak! Next week balik la.

Ini baru suku dari tape CAM

Ini baru suku dari tape CAM

Tak kurangnya perkara-perkara lucu yang berlaku semasa penggambaran, ada pulak seorang dari team berangan nak dapat gambar dari NST, ingatkan free, tup-tup ha RM 6200 yer dik… Ha amik kau! Jangan mimpilah nak beli… Ada jugak pandai-pandai letak call time 12 jam lagi awal… Ingatkan interview jam 10 pagi, rupanya 10 malam.. Aisay, kameraman siap minitak ampun berkali-kali ingatkan terlambat, hakikatnya tercepat 12 jam… Lawak betul! Walaupun banyak liku-liku yang kami terpaksa lalui untuk menyiapkan episod ni, akhirnya ianya telah hampir selesai.  Banyak pengalaman yang boleh dijadikan pengajar ketika berdepan dengan artis-artis tempatan ni… !

CAM kali ini membuka album pahit manis, kecetekan dan kematangan fikiran, fitnah dan kebenaran dan yang paling penting komposisi  atau potret sebenar seorang artis secara adil. CAM tidak melihat seseorang artis berdasarkan kaca mata penerbitnya tetapi memberi ruang kepada artis, wartawan peminat dan rakan artis untuk menceritakan secara berani dan terus terang mengenai kehidupan, perilaku, scandal (jika ada), gossip liar, gossip jinak, dan yang paling utama apakah artis itu mempunyai kredibiliti dan intergriti.  Diva jelmaan? Artis pisau cukur? Apek batu bata? Artis gila glamour?  Semuanya ada di CAM. Bagi anda yang tertinggal waktu siara CAM pada Selasa 10 malam di astro Ria, jangan sesekali terlepas waktu ulangannya pada:-

Rabu :                          6 pm dan 10 pm

Khamis :                     6 pm

Sabtu dan Ahad :    3.30 pm

Antara publisiti kami...

Sinar Harian: 29/04/09

Advertisements

One thought on “Ianya hampir selesai…

  1. Dulu kutuk akukan kerja tak balik2.. ingat lagi kena sound… kata ko .. pengurusan masa aku tidak betul… suka buat kerja masa petang… suka lewat2kan kerja.. WELCOME TO THE REAL WORLD !!! Muahahahahahhaha… Anyway Congrats diatas rating yang meletoppsssssssssssssss….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s