Di hari ulangtahunku

birthday_by_stupidstan

Dua hari lepas aku menyambut kelahiranku yang ke 26 tahun. Usia semakin bertambah.  Semakin hari semakin tua. Setiap hari ada saja benda baru yang dipelajari dan kurang jugak ada saja benda lama yang aku semakin lupa… Ish tua sangat bunyinya.

Selalu aku terfikir, sepadan ke umur aku dengan apa yang aku capai sekarang?  Selesakah aku dengan umurku yang sebegini. Bila dikenang ada kawan-kawan yang dah kawin sampai anak 2, ramai yang kawin tahun ni dan tak kurang gak yang belum kawin and belum ada boyfriendpun… Yang mana paling sesuai untuk aku diusia ini?

Di FM ni ramai producer muda. Jauh usianya dari aku, mereka bertuah. Bila usianya seperti, tidak dapat aku gambarkan siapa mereka itu nanti. Mungkin orang besar di station tv, mungkin juga sama seperti sekarang…  Seribu satu kemungkinan bakal terjadi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu kan…

Setiap tahun,  harijadiku disambut biasa. Dari kecil, kalau mak ayah raikan, aku terima. Kalau tak, tak pernah pun aku merunggut mintak hadiah. Setiap tahun, pastinya ada pengalaman berbeza. Ada yang best dan ada yang tak best.

Birthday yang paling aku ingat, di usia ke 17 pada tahun 2000.  Oleh kerana aku membantu sepupu dan makcik di kedai makan, secara tak langsung harijadiku disambut meriah kawan-kawan yang selalu lepak dan pengunjung di kedai tu sekali… Malupun ada. Ada jugak rakan-rakan skinhead yang terejal nyanyi lagu birtday kuat-kuat bila masuk jam 12 tgh malam tu. Itu kisah zaman remaja…

Tahun ni pulak, incident birtday namanya… Jaya sediakan kek untuk team CAM, tapi kerana kebetulan hari tu birthday aku, terusla nyanyi lagu birthday untuk aku. Ada juga ofismate beri hadiah… Thank u guys! Tapi birthday tahun ni tak der boyfrend di sisi… Tu yang paling sedih tu!

Di awal pagi besdayku yang ke 17 tahun, kini... aku kehilangan mereka

Di awal pagi besdayku yang ke 17 tahun, kini... aku kehilangan mereka

Advertisements

One thought on “Di hari ulangtahunku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s