Dendang perantau…

Di hari raya terkenang daku kepada si dia…

Kampung halaman ku indah nun jauh di sana

Ayah serta bonda…

Raya kalau tak de lagu ni, mesti tak best betul tak?

Macamana pulak dengan dialog ini?

“Walaupun rupamu tak ku kenal, tetapi lobang idungmu tetap menjadi pujaan hatiku…”

“Ani angkat kain dijemuran… Hujan sudah turun..”

Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola, cikgu suka tidur, mari kita main…”

Setiap bait kata-kata ni dah tak perlu diperkenalkan lagi.

Tentulah filem-filem dari pelakon lagenda tanahair, seniman Tan Sri P Ramlee. Dari kanak sampai la orang tua-tau yang belum nyanyok, Cina India, Melayu apatah lagi, malah setiap lapisan masyarakat pasti mengenali beliau.

Malangnya sehingga kini, negara masih belum bertemu penggantinya. Lawak spontannya pasti berjaya menggelikan hati semua penonton. Cerita-cerita lakonan beliau masih mencatatkan rating walaupun dah dimain berkali-kali. (tgk la astro prima).

Tapi kalau klon mungkin dah ada. Muslee Ramlee. Saya pernah bertemu beliau ketika menyiapkan program CAM. Ya Allah memang sama! Cara berpakaian, cara beliau bercakap. Tidak saya tidak yakin adakah itu benar-benar dirinya ataupun sekadar dibuat-buat. Suara beliau memang sebijik. Mungkin cuma saiz badannya yang lebih kecil menampakkan sedikit perbezaan.

Yang dicari bukanlah sekadar klon yang serupa, namun kreativiti dan idea yang dilahirkan. Dia tetap lagenda.

Tapi yang bestnya saya sempat la melawat ke Rumah kelahiran P. Ramlee ini terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang beberapa minggu lepas… Rumah ini kini telah dibaikpulih buat kali ketiga oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991.

Bila melangkah masuk ke kawasan rumah ini, aku terfikir mungkin tanah inilah di pijak oleh seniman agong negara itu, wow! Kami berpijak di tanah yang sama!

Sampai ke sini kita yer... Sungguh tak diduga!

Sampai ke sini kita yer... Sungguh tak diduga!

Kami...

Kami...

Sila baca yer...
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s