Semalamku yang lena

Hari ni aku bangun lewat. Aku batalkan plan untukpulang ke kampung. Sebenarnya aku harus pulang kerana ini kali ke empat kawan aku kahwin dalam bulan ni, dan aku dah berjanji dengan semua yang aku akan pulang.

Tapi malangnya, ntah kenapa aku masih di opis sehingga ke ke jam 4 pagi.

Setiba di rumah mata amat berat untuk dilelapkan. Seplastik baju kotor untuk dibasuh di kampung dah pun aku ketepikan. Beberapa helai baju dah pun aku sumbatkan dalam beg pack ku, tak lupa beberapa survineir untuk ibu yang dibeli dari Penang haritu.

Jam tepat menunjukkan 5 pagi. Mata masih tak boleh lelap…

Aku dikejutkan dengan satu pesanan ringkas dari teman bertanyakan bilakah aku akan sampai. Dengan rasa bersalah aku menaip “sory aku tak dapat balik, aku baru balik kerja, kirim salam salam kat Bean. Nanti aku sms dia k”. Masa tu aku sebenar tak tau jam berapa, aku dah tertidurpun… Aku rasa hari dah cerah dan hujan rintik-rintik di luar. Aku rasa sejuk. Ku tarik selimut dan sambung tidur.

Bagus tak perangai aku? Tapi aku rasa amat bersalah. Sepanjang tidur semula tu, aku tak tenang langsung.

Tiba-tiba masuk pulak satu scene mimpi, plastik baju kotorku hilang. Rupanya mak yang simpan. Ntah kenapa aku boleh marah mak aku. Mak menangis. Sepanjang mimpi tu aku rasa bersalah teramat dan berusaha memujuk mak.

Mimipiku ditamatkan dengan deringan telefon. Witheld. Aku tekan silent. Tapi berdering lagi. No pelik. Aku angkat phone, dan jelas kedengaran suara si dia yang telah masuk seminggu tidak menghubungiku, kerana tugas di Indonesia.

Aku lantas menghubungi ibu di kampung. Tidak berangkat. Dan aku teringat lazimnya hari Sabtu begini dia akan ke surau.

Ok lah malam ini aku akan cuba menghubunginya lagi… Mungkin dia marah aku tak balik kot… Orang kata mimpi selalu terbalik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s