Welcome to my world!

Kata-kata seorang rakan ” Aku mintak maaf nok kerana telah membawa kau dalam industri ini”.

Itulah kata-kata jika aku mengeluh panjang dengan bebanan kerja yang tiada penghujungnya. Adat bekerja dalam bidang penyiaran ni, kenalah kuat dari segi mental dan fizikal. Stess tu biasalah… Pasal budget kena potong, pasal krew datang lambat, pasal skrip tak diapprove-approve dan macam-macam lagi…  Stess ada di mana-mana, yang penting cara kita mengatasinya dan mengambilnya sebagai apa? Cabaran? Kritikan? Atau cubaan…

Bila berada dalam bidang ni, aku dikelilingi kawan-kawan yang sama lifenya macam aku. Tak der apa yang perlu digusarkan. Kami sajer jer… Lazimnya macam nilah lumrahnya, datang kerja, makan, balik kerja dan tidur.  Kalau rase stress pegi karaoke dan tonton wayang. Kalau stress kat ofis, tengok astro depan bilik kat Lin. (mungkin sebab ni la ramai yang tak kawin lagi…)

Tapi bila balik kampung jer, aku berdepan ahli keluarga dan saudara mara yang lain industri. Mejoriti kerajaan. Balik-balik soalan yang ditanya, “tak mintak kerja kerajaan ker? Senang sikit… Sekarangkan kerajaan dah naik gaji…” Biasalah makcik-makcik. “Tengok adik ni, kerja sampai malam, Sabtu Ahad tak cuti…” Aduh, makcik-makcik… Lemah nak layan.

Jawapan klise aku macam ni “Yang penting kita suka apa yang kita buat. Kalau tak suka kerja tak enjoy buat per…” Kata-kata ni akan mematikan semua soalan-soalan lain. Aku tau apa yang aku buat, dan aku suka apa yang aku buat sekarang. Yang penting mereka semua ni bukanla tahap menghalang apa  yang aku nak buat. Aku faham mereka tak senang, sebab aku selalu miss kalau ada kenduri kendara..

Teringat pulak kata-kata CEO, kalau kerja kerajaan boleh jadi duta ker, boleh jadi setiausaha sulit ker boleh dibaggakan jugak. Ni dari masuk sampai la ke pencen tetap jadi pegawai, buat per… Betul jugak tu… Tak der apa pun yang boleh dibanggakan… Ada orang berkerja untuk disumbangkan sesuatu dan kami ni bekerja untuk menyumbangkan sesuatu.

So mana satu pilihan? Jawapan ditangan masing-masing. Kalau tak kuat, lebih baik blah dari bidang ni. Kepada kawan-kawan, bersama-samalah kita bertahan. Kitakan kuat…

Advertisements

One thought on “Welcome to my world!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s