Katanya…

Pertemuan dengan seseorang pagi tadi memberi banyak kesedaran. Antara yang dibualkan dari cerita program-program yang bagus untuk tontonan, kesedaran, syukur, dan macam-macam lagi.  Dah macam tazkirah pagi. Bagai nak menitik air mata ni. Beliau ni merupakan orang penting di Channel Oasis, Astro.

Antaranya, pembukaan lebih banyak channel Islam. Katanya, takkan saya nak larang. Saya lebih suka, tapi kita perlu bersaing melalui kretiviti. Kalau saya melarang, samalah seperti saya menyekat penyebaran agama Islam. Lebih banyak lebih bagus.

Katanya lagi… Kerja macam kita… Dosa pahala senipis buih. Tersilap langkah, pup pecah la buih tu. Pilihan di tangan kita. Kalau imam dimasjid, berapa ramai yang mendengar khutbahnya? 2000 orang jer… Suara kita ? Program yang kita hidangkan? 14 juta penonton kat luar tu…! Wow terkezut aku! (nasib Pemburu seratus lebih jer… Adush sapa nak tanggung dosa ni… )

Manusia… tak pernah bersyukur. Betul katanya, kita ni memang muka tak malu. Sering meminta-minta dari Tuhan. Minta ini, dan minta itu. Ada saja yang dimahukan. Dah la tu, macam-macam. Cuba kita minta sesuatu dari kawan. Minta sekalipun rasa malu, ni pulak nak minta banyak kali dan macam-macam.

Bukankah lebih baik kita bersyukur dan berterima kasih dari meminta. Syukurlah kita sihat. Nak bangun tidur senang, boleh pergi kerja. Bagaimana orang yang sakit. Minta lagi nak sihat. Dah sihat minta lagi nak panjang umur… Minta dan minta sahaja yang kita tau. Tapi tak pernah pun kita ucap terima kasih. Berapa kali kita mengucapkan terima kasih dari meminta. Jika kita berterima kasih ganjaran pasti lebih besar.

Katanya lagi… tak perlu meminta, Tuhan lebih tahu. Tuhan akan kabulkan segala yang kita minta, cuma lambat… Tuhan tu Maha pengasih dan penyayang. Katanya lagi, tugas saya, memyebarkan, hari ni pada kamu, dan tugas kamu semua untuk sebarkan. Lepas ni pasti akan ada benda lain untuk diperkatakan lagi.

Terhenti di situ. Jam hampir pukul 1. Aku keluar dari meeting room dan ke editing suite untuk memastikan proses terakhir untuk di hantar ke Astro telah selesai.. Tak lama kemudian, seorang HOD muncul membawa lelaki ini dan diperkenalkan ke editor2 lain… Kataku pula… “Dialah yang aku cakap tadi…”  (tugas aku dah selesai…)

Betul katanya…

Kita perlu bersabar, tak payah susah2, pasti ada! Sebab Tuhan lebih tahu. Don’t forget!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s