‘Syurga Kain’ semakin hambar

tangkak

Sabtu. Aku pulang ke kampung lagi. Tangkak. Perjalanan untuk ke kampung biasanya tak sampai 2 jam, tapi kali ni lebih sebab aku tido di R and R. Sisa-sisa ngantuk semalam masih ada.  Kalau pulang ke kampung antara lokasi favorite aku semestinya kedai kain. Tapi sejak 2 menjak pulang ke kampung ni aku memang jarang ke kedai kain. Tidak menarik perhatian.

Satu masa dulu Tangkak antara lokasi favorite pengunjung ke selatan untuk membeli kain pasang. Perkataan ‘Syurga Kain’, sangat sinonim dengan tempat lahir aku ni… Setiap hujung minggu pengunjung yang lazimnya dari pantai timur akan ‘turun’ ke Tangkak membeli tekstil, sama ada kain pasang mahupun langsir. Semakin banyaklah bas-bas yang tidak di kenali melalui pekan Tangkak yang kecil dan sempit itu. Apa taknya harga kain serendah 1 ringgit semeter. Tapi bergantung jugaklah pada kualiti… Paling mahal pun RM70-80.

Semalam aku berkesempatan singgah di salah sebuah kedai ni. Teringin juga nak melihat corak-corak kain yang ada di sini, terdetik di hati nak melihat kualiti dan corak di sini adakah sama dengan yang terdapat di K.L… Macam biasalah bila aku masuk kedai tu memang rambang mata. Sempat jugak la aku beli dua meter kain untuk baju raya nanti. Walaupun persaingan tak sehebat dulu, satu yang tak pernah berubah. Persaingan antara pekerja-pekerja kedai kain ni merebut customer. Dengan slumber sorang salesgirl ni ‘sound’ seorang lagi salesgirl ketika cuba merebut aku, sebegai customernya… Nak tergelak pun ada… Memang dari dulu hingga hari ini, sama jer… Culture merebut customer untuk komisyen… Bagus jugak… Persaingan sihat, tapi kadang-kadang customer pun meluat tengok salesgirl yang macam ni…

Aku menulis ni pun berdasarkan pengalaman… Masa semester break di Uitm dulu, aku pun pernah juga terjebak jadi salesgirl di salah satu kedai kain ni… Di kedai aku ni ada dekat 10 orang pekerja. Ada Melayu dan ada Cina. Aku memang rajin buat sales… Sampai budak-budak Cina yang kononnya terror ni, jealous dengan aku, coz aku kerja sebulan jer dah boleh beat diorang punya sales… (hehe kerek la pulak..).

Banyak benda yang aku belajar sewaktu bekerja di sini. Satu perkara yang jelas. Beza antara budak-budak Cina dan Melayu. Mereka yang bekerja di sini rata-ratanya baru habis atau memang tak habis belajar. Kesungguhan pekerja Cina di sini amat aku kagumi. Walaupun kadang-kadang mereka ni amat menyakitkan hati, sampai boleh buat orang menangis, tapi matlamat mereka satu, untuk buat sales. Mereka bersaing sesama sendiri. Mungkin mereka ni tak berapa bagus dalam pelajarannya, tapi kalau bab berniaga ni, mereka memang terror. Berbeza dengan budak-budak Melayu… Bukanlah aku nak cakap mereka ni malas, tapi mungkin tak bersungguh. Tak suka buat salespun… Mungkin lebih gemar lipat kain yang baru sampai untuk digantung. Bukanlah aku nak membanggakan kaum Cina dalam entri ni, tapi kita sebagai Melayu sepatutnya belajar sesuatu dari mereka ni. Mungkin mereka yang Melayu ni semua muda lagi kot… Aku pun hanya sekadar perhatikan gelagat mereka ni. Takkan pulak aku nak bagi ceramah kat diaorang suruh rebut customer dengan yang lain, boleh perang agaknya kedai tu…

Jika dulu setiap hujung minggu, pekan Tangkak bakal sesak dengan kenderaan dari serata Malaysia, sekarang pekan Tangkak kembali sepi. Tak ada lagi suara-suara jeritan seperti ini:  “Kain murah… murah…murah..!.” “Korean silk! Italian silk! Thai silk, murah! murah!” “cepat, cepat, datanglah ke Kedai Kain Indah…” Sekarang tak ada lagi.. (Agaknya kaset tu pun dah hilang) Juga tak ada lagi kelihatan para ibu yang sibuk melintas jalan dengan membimbit segalas beg plastik berisi langsing, dan tak ada lagi kelibat-kelibat lelaki Cina yang ke sibuk mengendung segulung kain untuk ke kedai seberang. Itu semua cerita 5 tahun dulu. Sekarang keadaan biasa-biasa saja. Tidak semeriah dan sesesak dulu…Sewaktu Tangkak masih digelar ‘Syurga Kain”.

Sekarang Kedai Kain Indah tempat aku berkerja pun dah tak der… Dah jadi kedai beg la pulak. Setahu aku taukey-taukey kedai kain di Tangkak ni dah berpindah ke Nilai 3. Lokasi baru bagi peminat tekstil…

*Apa pun, tengah fikir ni sapa nak jahit baju yang aku beli semalam… Dah tak der tailor ni.

Advertisements

One thought on “‘Syurga Kain’ semakin hambar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s