~Nora on silent mode~

Genap 16 hari puasa. Baru hari ni aku berbuka diluar kawasan ofis. Dari Isnin sampai Isnin. Mana lagi lokasi berbuka aku, kalau tak di Kedai Kayu Manis bawah ofis ni. Kalau tak pun berbuka di atas berbekalkan juadah berbuka dari bazar ramadhan berhampiran ofis.

Sebenarnya, hati ni kuat benar nak pulang ke kampung. Rindu sangat masakan emak. Asam pedas ikan parang, rendang ayam, bubur lambuk! Adush teringinnya. Tak termasuk angan-angan aku nak buat kuih raya lagi… Haha memang berangan betul!

Ikut hati nak jer aku tinggalkan semua kerja-kerja shooting dan editing. Tak patut pulak…

Sampai sekarang aku masih di ofis. Ntah apa aku mengarut sorang-sorang ni. Sepatutnya hari ni ada editing, tapi cancel… Ikut hati, nak jer aku gerak pulang ke kampung sekejap lagi. Sekurang-kurangnya dapat bersahur dengan family. Tapi dah terlalu lewat, letih berjalan di Uptown pun tak habis lagi. Silap-silap bersahur dalam kereta pulak.

Jadual esk agak padat, ada shooting, ada editing, dan ada editing skrip Senoi Praaq yang dah berkurun tu…  Perlu dipilih mengikut kepentingan. Mana? Mana? Editing skrip la…

Apapun esok tetap Ahad, akan ku silentkan phone sehingga jam 12 tghari! Jangan kacau yer. Nak balik sekarang! Erm… dah lewat, dan tak ada orang  lagi di floor 3 ofis ni.

~Nora on silent mode~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s