Cerita raya

Posing rayer...

Posing rayer...

Raya datang lagi. Namun semakin tahun, semakin hambar. Mungkin sebab usiaku yang semakin meningkat atau aku sendiri yang menjadikannya tidak menarik. Biasanya aku akan bersama sepupu yang lain, beraya ke rumah kawan-kawan, tapi sekarang tak lagi, mereka dah bekeluarga. Cuma aku jer yang single and available…

Aku langsung tak bertemu kawan-kawan sekolah, msg mereka pun tidak, dan mereka pun tidak berbuat begitu. Mungkin masing-masing dah sibuk… Punya keluarga dan urusan sendiri. Dan urusan aku ialah melayan drama-drama melayu di tv, selain malam aku mula fikir yang seharian aku membuang masa kerana tidak menyiapkan skrip. Tapi 2 malam terakhir di kampung ni, aku gagahkan juga menulis beberapa baris ayat untuk menyedapkan hatiku sendiri. Sekurangnya ada hasil. Ha inilah itenerary aku sepanjang di kampung… Raya ni paling banyak aku tgk cerita kat tv, sebab aku tak keluar beraya sangat.

Raya pertama: Macam biasalah sesi bersalaman dan makan ketupat. Then aku dan kakak ke rumah pakcik di Segamat. Boring, kalau dulu pergi ke Segamat, 4-5 biji kereta, sekarang 1 kereta jer…  Pakcik pun tak balik kampung, selalunya dia yang lebih awal balik kampung, sekarang sudah tukar. Zaman berubah…

Drama tontonanku: KL Drift, Impak Maksima,  Man u vs Man City (game paling best mlm tu…, Man u tetap juara!) Chelsea vs Tott, Real Madrin tlg dgr orang jerit jer…

Raya kedua: Kami sekeluarga ke Muar, 3 lokasi. Rumah pak uda, rumah mak long dan rumah nenek yang kami panggil Tok Da. Mereka dimamah usia. Tak kenal lagi aku siapa. Mungkin dah lupa atau mata sudah tidak secerah dulu… Zaman berubah…

Tok Da dan kami

Tok Da dan kami

Rumah yang sering menjadi kunjungan ku diwaktu kecil, rumah Tok Da

Rumah yang sering menjadi kunjungan ku diwaktu kecil, rumah Tok Da

Drama tontonanku : Congkak, Los And Faun.

Raya ketiga: Hanya menyambut tetamu dari jam 9 pagi sampai 6 petang (office hour). Wow dah besar-besar anak sepupu-sepupu ku ini… Aku jer tetap maintain…!

Drama tontonanku: Dunia Baru The Movie, Jerry McGuire, Apa kata hati, Anak Halal

Raya keempat: Pulang ke Shah Alam… Beraya di rumah sesiapa yang dirasakan patut… Esok kerja!

Wani masih belum mengerti apa itu hari raya, ada ke dia ingat ada kompang-kompang... La itu kenduri kahwin...

Wani masih belum mengerti apa itu hari raya, ada ke dia ingat ada kompang-kompang... La itu kenduri kahwin...

Advertisements

3 thoughts on “Cerita raya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s