Misi Tamat

S5034409

Team and orang asli di Kuala Menson, Cameron Highlands

Misi penjejakkan Senoi Praaq telah berakhir. Segalanya akan terbongkar esok di Astro Prima jam 6.30pm di slot Suatu Ketika. Senoi Praaq ditukar kepada tajuk ‘Laskar Senoi’.

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sewaktu aku dan team menyiapkan dokumentari 1 jam ini. Dokumentari yang pada asalnya untuk tayangan 4 episod berdurasi 1 jam ini, akhirnya ditukar menjadi 1 episod sahaja. Kandungannya semakin padat. Sewaktu ingin merialisasikan dokumentari ini agak sukar dan mencemaskan aku, namun untuk menendekkan durasinya tidaklah semudah yang disangka.

Apapun terima kasih tidak terhinggaku kepada Kak Lin (blogger paulin) yang bertungkus lumus memperbaiki jalan cerita dan kisah benar Bah Ayob (Mohd Nor Abdullah) yang diangkat dalam dokumentari ini. Aku bukanlah sesiapa di dalam menjayakan dokumentari ini, hanyalah penolong penerbit dan penulis skrip. Dokumentari ini merupakan work pertama aku di FMP. Sewaktu aku menulis skrip, terlalu banyak celanya. Mujur Kak Lin menyelamatkan susunan ayat dan rentetan ceritanya.

Bagiku, dokumentari ini banyak mengajar aku untuk tabah berada dalam industri yang penuh mencabar ini. Kehadiranya amat mengujakan. Masih ingat lagi mulutku terkebil-kebil ingin menjawab segala persoalan dari ms J. Terlalu banyak dalam benak fikiranku, namun tak terluah. Terkejut dengan persoalan bertubi-tubi darinya.

Walaupun di akhir-akhir waktu untuk menjayakan dokumentari ini, aku agak sibuk dengan tugasan lain. Di hatiku, aku amat bertuah menjadi sebahagian dari warga yang menjayakannya. Aku ada producer yang hebat, aku ada director yang dikenali, aku bersama head cameraman tersohor, namun siapalah aku… aku masih si kerdil dalam team. Mentah. Tidak tahu apa-apa dalam production. Tidak salah aku dimarah. Memang aku yang sengel. Pengalaman itu sangat berharga bagiku. Berkerja dengan sekumpul team yang amat aku segani.  Aku sangat merindui detik-detik shooting dokumentari ini.

Sms yang aku terima dari tuan director petang tadi, menaikkan semangat aku untuk menulis entri ini.  ” Nora, esok Senoi Praaq, 6.30pm, Prima 105. Kerja kita semua. The best team yang susah nak lupa.” Dalam hati aku menjawab… Yessss bosss….

Terima kasih kepada semua yang menjayakaan dokumentari ini. *Director – Johari Hamid,     *Producer – Azizul Hisham Azizan,      *Cameraman 1) Man K 2) Azizan Attan,      * Teknikal Team 1) Pakcik Saari, Man Kolam, Oll     * Production Manager – Majmin     *Editorial – Paullina Oppei Paulus  * Editor – Abg Zaidi dan Yus dan lain-lain…

S5034295

Krew produksi

S5033945Di perkampungan orang asli Ulu Slim River

Advertisements

One thought on “Misi Tamat

  1. Dear Nora,

    I am producing a documentary on Senoi Praaq for FINAS. I dah baca your blog ni, so kalau boleh i nak jumpa u i berkongsi pengalaman.

    Please contact me – 016 2114732. Thanks.

    Yusmal Ghazali (YG)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s