Taiwan

Taiwan… kota scooter katanya…

Kunjungan ke Taiwan bersama Apple Holiday and Vacition memberi peluang kepadaku dan krew Al Barakah merasai keunikan negara ini. Kami berpeluang melawat ke pelbagai tempat-tempat menarik di negara ini merangkumi beberapa buah negeri termasuk Wulai, Taipei, Taitung dan Hualien.

Hari pertama kami menetap di Brother Hotel, terletak di tengah-tengah bandar Taipei.  Kira-kira jam 6 pagi, di mana waktu ini seperti jam 8 pagi di Malaysia. Location pertama National Palace Museum. Macam biasalah kalau dah nama museum pelbagai bahan-bahan sejarah dari pelbagai dinasti ada kat sini lebih dari 5000 tahun yang lampau.

Aku ni memang tak minat sangat sejarah… So aku rasa bosan giler, mengantuk.. (dalam hati biler la nak habis…) Tapi bagi penggemar sejarah, mungkin ini tempat yang sesuai! Kat sini kami buat 1 moderator, tapi banyak sangat gangguan bunyi…

Oleh kerana pakej yang kami ikuti ni muslim pakej, so memang mudah untuk kami bersolat dan makan. Maklum lah kalau berada di negara yang mejoritinya orang Cina ni, agak susah nak jumpa masjid. Kami dibawa ke Masjid Besar Taipei. Masjid ni menjadi tumpuan orang-orang Islam di sini dan dibina sejak 50 tahun lalu. Di sinilah aku berpeluang melihat peranan sebenar masjid. Bagi orang Islam di sinilah mereka berpeluang mendapat daging halal. Aktiviti sembelihan turut di jalankan di dalam masjid ni (kalau kat Malaysia sembelih kat pasar jer…) Selain tu, disebelah tepi masjid mereka berpeluang menikmati gerai makanan halal. Makanan pun sedap-sedap belaka… Rasa macam kat tempat sendiri pulak!

Ha yang bestnya, depan masjid ni ada taman, kat situlah kami buat moderator…. Tapi toilet pun jadi… Tapi view tetap cantik. Hari pertama berlangsung biasa. Makanan halal kami pada malam masih lagi di kedai mamak, sama seperti malam semalam. Esk lebih menarik…

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s