Satu kehilangan

Sedang aku membaca blog rakan-rakan, tiba-tiba terbaca satu blog yang menyayat hati. Penulisnya masih muda, tapi berfikiran jauh.

Ada  beberapa entry yang mencatatkan kesedihan pemergian buah hati tercinta. Meninggal dunia. Aku faham benar perasaannya, sehinggakan aku yang sedih membaca tulisannya.

Mungkin Tuhan lebih menyayanginya. Terimalah ini sebagai ketentuanNya, ada hikmah di sebalik kejadian. Teringatku sewaktu aku berusia 15 tahun, di tingkatan 3. Seorang rakan karibku turut kehilangan teman lelakinya dalam satu kemalangan jalanraya. Berita itu menggemparkan satu sekolah. Maklum la siapa tak kenal pasangan ni. Arwah kacak, namun jauh lebih tua dari sahabat ku itu. Membonceng motor rxz berwarna merah… Mungkin ramai yang cemburu melihat mereka, pasangan yang cocok.

Waktu kawanku menerima berita itu, dia hilang arah. Menangis tak henti-henti. Berhari-hari dan berlanjutan berminggu-minggu. Semangatnya hilang. Dia mudah pitam dan pengsan di sekolah. Kami sedih melihatnya.

Itu hanyalah rentetan cerita 11 tahun yang lalu.  Selepas rakan ku itu kehilangan arwah, dia punya ramai teman lelaki baru. Namun mungkin yang ramai itu tidak menjanjikan apa-apa. Dia bertemu seseorang di K.L dan orang inilah akhirnya menjadi pelengkap hidupnya.

Mereka sangat bahagia sekarang… Dah beranak sorang dah pun. Dari persepsiku suaminya kini, pilihan yang tepat. Jika ada kenduri teman-teman, pasangan ini antara pasangan yang wajib hadir. Comel sungguh.

Mungkin kehilangan arwah, satu dugaan besar dalam hidupnya, dan Tuhan menggantikan yang lebih baik pada masa ini. Buat adik yang baru kehilangan teman lelaki tu… banyak-banyak la bersabar.

Advertisements

One thought on “Satu kehilangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s