Kami doakan yang baik2 saja…

Selama ni saya diam, mungkin awak fikir saya tak kisah. Saya memang tak luahkan aper yang ada di dalam hati kepada awak. Saya masih ada batas untuk berbicara. Di luar… saya dan mereka bercerita segalanya. Terlalu banyak yang kami tanggung. Ya kami tahan itu dan ini, dan kami bertahan.

Kami ingin bersama awak, walaupun disaat taufan melanda. Kami tetap di sini. Masih memperjuangkan apa yang ada. Di sini sungai. Kami tahu… di tempat lain juga ada sungai, tapi kami memilih ikan di sini. Bersama awak dan menyokong awak.

Saya tak perlukan apa-apa yang besar. Tambah mustahil untuk saya miliki apa-apa di saat taufan ini. Cuma hak yang berbaki itu. Mengapa sanggup awak hanyutkan semuanya? Apa salah saya, itu hak saya… tolong pulangkan. Jika nak ambil awak perlu bayar harganya.

Kini baru saya sedar…saya tersalah perkiraan. Rupanya saya ditipu lagi…

Saya dan mereka mencurah tenaga demi kepentingan sungai ini. Kami mencurah tenaga hampir tidak terkira. Kami buang semua, rakan-rakan, keluarga, kerana sungai ini. Saya memang tersilap…Awak masih sama dan tak pernah berubah.

Saya doakan yang terbaik untuk awak… Walaupun awak menyakiti saya,  saya tahu Tuhan mendengar segalanya.

Saya masih ada rasa kasihan, bagaimana dengan awak?

Advertisements

One thought on “Kami doakan yang baik2 saja…

  1. Sungai itu panjang, masih ada banyak tempat yang belum atau kurang diterokai. Kalau ada tempat lain yang memiliki ramai penerokanya pun, tetapi peneroka dan pemiliknya berkongsi sama adil akan hasilnya, bukankah tempat itu lebih baik dari tempat yang kau teroka sekarang.

    Ikut jejak kak lin. Mula fikir untuk diri sendiri kerana mereka terlalu sibuk memikirkan tentang diri mereka sedang kita tidak dipedulinya.

    Fikir-fikirkan sahabatku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s