Soft skin vehicle vs van kalis peluru

Agak-agak korang, berapa jumlah wang yang mampu di bawa oleh sesebuah van keselamatan? Tentulah jutaan ringgit, bergantung kepada kadar insuran sesebuah syarikat keselamatan tersebut. Mungkin 10 juta…

Baru-baru ni aku berpeluang menemuramah Datuk Shaheen Mirza Habib, Pengerusi Persatuan Kawalan Keselamatan Malaysia dan merangkap pengerusi eksekutif Securiforce Sdn Bhd. Menurut beliau masih banyak syarikat keselamatan yang masih belum menepati spesifikasi yang ditetapkan KDN iaitu dengan penggunaan van kalis peluru sehingga 9 mm. Ini berikutan kos pemasangan yang tinggi sehingga mencapai RM180 ribu. Kebanyakan syarikat keselamatan di Malaysia ni masih menggunakan soft skin vehicle atau van tidak kalis peluru.

Tak banyak syarikat yang menggunakan van kalis peluru ni, antara yang menggunakannya adalah Securiforce sendiri dan idea van ini diilhamkan oleh Datuk Shaheen. Siap ada 5 cctv di dalam dan di luar van ini tau!

Jika di negara-negara maju, vannya dah seperti kereta kebal. Namun di Malaysia ni, apa yang kita dapat lihat adalah apa-apa saja van diselimutkan dengan steel dan jaring, itu dinamakan van keselamatan. Kalau kena tembakpun senang-senang jer boleh tembus. Mungkin mereka berfikiran penjenayah di Malaysia ni guna pistol murah kot, tak boleh nak tembus… Tapi malangnya, kat Malaysia ni dah banyak penjenayah terancang yang gunakan senjata canggih. Kalau van-van biasa tu, kacang jer boleh tembus.

Jadi tak hairanlah jika kita dengar van-van ini dirompak. Seperti jadian di Cheras pada May 2009 yang melibatkan jumlah wang 8.2 juta ringgit. Banyak betul…

Erm… yang kesian tu, pengawal keselamatanlah. Sebab kerja diorang ni mengawal duit-duit syarikat tu… So mana penting nyawa mereka ke, or duit syarikat? Mestilah nyawakan, duit ada insuran… Nyawa tak der galang gantinya..

Van Kalis Peluru

Soft skin vehicle

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s