Time Tunnel : Take A Walk Down Memory Lane

Sebut sahaja Cameron Highland, pastinya ramai yang akan terbayangkan strawberi, ladang teh  dan lokasi yang sememangnya kaya dengan khazanah hutan semulajadinya ini. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c, semestinya menjadikan kawasan ini lokasi strategik untuk tanaman teh.  Bagi penggemar teh, mereka semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati teh dengan pelbagai campuran rasa di Cameron Valley Tea. Namun kini, penggunjung juga tidak harus melepaskan peluang untuk ke Time Tunnel, salah satu tarikan baru di sini.

Di pintu masuk Time Tunnel

Time Tunnel, merupakan galeri yang menyimpah khazanah lama dan antik seperti cawan-cawan lama, penutup botol, sempoa, tiket bas, duit setegah sen, pelbagai poster-poster lama yang pastinya bakal membangkitkan nostalgia di era 80an.

Bagi aku, yang paling membuatkan hatiku tersentuh apabila melihat deratan tin susu cup junjung. Seingat aku inilah antara susu yang kerap digunakan emak untuk membuat nescafe buat hidangan kami sekeluarga. Gambar seorang wanita memakai baju merah dan menjujunjung baldi di atas kepala.. itulah susu cap junjung!

Selain itu, di luar galeri turut dipamerkan sebuah televisyen model lama…  Tv ni siap ada tirai kat tepi tu..  Seingat aku model tv jenis inilah yang digunakan oleh atuk dikampung sehingga ke akhir hayatnya…

Model tv lama

Bagiku bagus juga jika ada pengumpul barang-barang antik seperti ini, sekurang-kurang mengembalikan zaman kanak-kanak dan kehidupan masyarakat Malaysia suatu ketika dulu. Poster-poster kemerdekaan turut dipamerkan di sini.

Dapur minyak tanah

Ha gambar kat atas ni pulak, dapur minyak tanah.. Ha kaedahnya, sebelum memasak perlu la pam minyak tanah masukkan dalam balang kaca kat tepi tu…  Erm menarikkan, seingat aku mak aku ada guna dapur ni, tapi dulu la.. maybe masa tu aku tadika kot… Dapur gas bukanlah tak der masa tu, dah wujud dah… Tapi mak aku memang klassic orangnya… Mungkin dapur ni ada keistimewaan sendiri kot! Bau minyak tanah melekat kat makanan.. hehe.

Harga masuk yang dikenakan galeri ini tidak la mahal, hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Pengunjung juga boleh mengabadikan kenangan mereka di sini. Lokasinya terletak di Jalan Sungai Burung, Brincang dan berhampiran Kea Farm Rose Center.

Selamat kembali masa lampau!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s