Coretan Senoi

Terlebih dahulu aku ingin mengucapakan tahniah kepada Laskar Senoi kerana memenangi kategori Dokumentari Sejarah Terbaik di FFM2010. Tahniah kepada semua team yang terlibat.. Kak Paullina, Abg Joe, Abg Sham, Abg Ijan, Abg Man K, Abg Man Kolam, Oll, Pakcik, Abg Zaidi dan Majmin.

Jika dikira mungkin kali ke 3, aku menulis cerita berkaitan pembikinan docu ini. Ini kerana, jauh di sudut hati, aku sangat berbangga diberi peluang dalam sebuah pembikinan dokumentari yang pada ketika itu, aku yakin mampu memberi kesan yang besar. Wira yang kami tonjolkan bukan calang-calang. Tidak semua orang tau mengenai Senoi Praaq dan sumbangan wira orang asli ini di dalam menentang komunis suatu masa dahulu.

Penglibatan aku mungkin kecil berbanding yang lain… Kali pertama aku ditugaskan untuk menulis sebuah dokumentari satu jam untuk 4 episod. Kali pertama juga aku keluar shooting bersama team yang kali pertama jugalah aku keluar. Senang cerita ini adalah job pertamaku FMP.

Terasa diri amat kerdil. Entah apa yang ingin aku ceritakan selama 4 jam ini nanti. Cerita pengalaman… Wira Senoi Praaq? Pastinya gambar-gambar tidak akan menyokong. Buntu. Namun berdasarkan cerita-cerita semua kami bertemu, pengalamannya sewaktu darurat, penyebaran Islam di kalangan orang asli, dan kenangan-kenangan sewaktu Senoi Praaq menentang komunis menjadi sebahagian dari cerita aku pada asal dokumentari ini…

Kedatangan Pn J..

Benar-benar menyesakkan dada.. Kali pertama bertemu dengannya, pelbagai persoalan mengenai Senoi Praaq ditanyakan. Ada part yang kami terdiam. Memang tak tau nak jawab apa. Makin stress dibuatnya.. Macam-macam yang diinginkan.

Aku bertukar ke program lain, Cerita Artis Malaysia (CAM). Dokumentari 4 jam ini tersadai seketika. Sehinggalah aku diarahkan untuk memendekkan skrip meleret 4 jam ini kepada skrip 1 jam. Memang lega.. Tentulah contentnya semakin kuat. Tapi aku gagal menarik hati Pn J. Memang waktu ini hanya seorang saja yang bisa mengerti apa yang dia mahukan.. Iaitu Kak Paullina. Dan dia telah menyelamatkan dokumentari ini, memperbaiki dan mencantikkan jalan cerita Bah Ayob. Terima kasih kepadanya… Waktu tu, aku dah mula berserabut dengan CAM, turut diperhatikan oleh Pn J, mana mungkin aku sempat untuk menoleh lagi kepada Laskar Senoi. Sentuhan editing Abg Zaidi, turut menggondol editor terbaik di FFM2010 manakala abg Joe pula memenangi ketegori Pengarah Terbaik.

Pengalaman Shooting.

Kebanyakkan penggambaran dilakukan di negeri Perak. Berdasarkan info-info tambahan dari pakcik Bah Ayob, kami ke Cameron Highlands. Cameron Highlands yang dimaksudkan bukanlah di tempat peranginan tu… Tapi jauh di kawasan pedalaman. Kami ke perkampungan orang asli Kuala Mensun dan Kuala Boh. Perjalanan untuk ke sini memakan masa selama 3 jam. Kami menyusuri kebun-kebun teh, dan berjalanannya berbonggol-bonggol melalui tanah merah yang cukup berdebu. Confirm sakit pinggang, tak boleh tido. Dalam hati hanya berkata “bila la nak sampai kampung diorang ni..”.

Setiba di sana, kami bertemu beberapa lagi wira Senoi Praaq. Sangat tua.. Kurang fasih berbasa Melayu.. Ceritanya, kurang kami fahami. Tapi mereka wira…

Di sana kami juga sempat menjamu makan tengahari bersama orang asli di sini.. Hidangan yang pasti, adalah petai! Satu besen!

Perjalanan pulang.

Malang menimpa kami. Memang sepatutnya kami dicadangkan untuk naik 4by4, tapi kami gagal untuk dapatnya.. Kereta Waja yang kami naiki mungkin tersangkut pada bongol batu yang tinggi, menyebabkan tangki minyak hitam kami bocor..

Dalam konvoi 3 kenderaan itu, kami ketinggalan. Kenderaan di hadapan kami hubungi untuk mendapatkan bantuan makanik. Namun setelah 2 jam berlalu.. Mereka gagal mencari makanik, hanya dibawakan bungkusan makanan untuk makan tghari. Perjalanan ini terasa cukup lama..

Mujurlah kretiviti krew-krew teknikal, bocoran itu ditampal dengan tin. Hari semakin petang.. sebentar lagi matahari akan tenggelam. Kami pulang dengan rasa was-was.. Semoga selamat sampai ke Tanah Rata sebelum malam.

Alhamudullillah.. bukan setakat di Tanah Rata, kami selamat pulang ke Shah Alam dengan bocaran yang ditampal dengan tin.

Itu hanyalah sebuah coretan pengalaman yang mungkin tidak aku lupakan sewaktu pembikinan dokumentari ini. Banyak lagi yang ingin dikongsi dan harus aku kenang. Editor dah menjeling… Aku harus berhenti menulis.

Advertisements

One thought on “Coretan Senoi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s