Aku ada pokok anggur!

Percaya atau tidak anggur boleh ditanam di Malaysia? Anggur boleh ditanam di negera ini walaupun iklim di negara ini khatulistiwa. Dalam menghasil sebuah program majalah.. aku berpeluang menjejakkan kaki ke ladang anggur Saloma Vineyard and Nursery yang terletak di Setiawan, Perak.

Di Saloma Vineyard and Nursery

Idea menarik puan Saloma dan suami ni mampu menarik minat orang ramai tentang penanaman anggur di negara ini. Walaupun agak sukar untuk ditanam di sini, dan boleh dikira keadah yang remeh.. namun rupanya ramai yang membeli anak pokok anggur kat sini. Antaranya termasuklah aku dan krew Al Hijrah yang shooting bersama. Selain keadah petik sendiri dari ladang, menjual anak pokok anggur, resberry, blueberry dan epal bidara mereka juga menyediakan khidmat nasihat untuk penaman anggur.

Aku? Boyfriend aku kata aku ni hangat-hangat tahi ayam… Betul ker? Tak derlah… Aku hadiahkan pokok anggur aku pada kakak tersayang.. Hehe, so dialah yang jaga pokok anggur aku sekarang ni.. Sempena cuti raya Cina ni, dia bawak sekali pokok anggur aku tu balik ke kampung. Wah hebat tak dia jaga pokok aku?

Pokok anggur ni leceh sikit.. kena siram air setiap hari 1 botol mineral kecil. So kalau cuti lame.. kojol la pokok tu. Tapi akak Saloma ada cakap pokok anggur ni takkan mati, walaupun kadang-kadang rupa dia memang macam pokok mati. Batang dia memang macam batang reput..

Orang kata anggur kat Malaysia masam. Kak Solama kata, kalau belum masak memang ler masam… Jadi buat-buat la bersabar untuk menikmati anggur tu yer.. Tunggu sampai benar-benar jadi color hitam, baru la boleh dimakan.

Anggur setengah masak

Apapun aku akan  balik kampung malam ni, pastinya aku akan melawat pokok anggur dan epal bidara yang aku beli dari Saloma Vineyard..

Pokok epal bidara

Advertisements

2 thoughts on “Aku ada pokok anggur!

  1. Assalamualaikum….saya ada mendengar bbp org yg mengatakan anggur yg ditanam dgn cara begini, masam rasanya. Betul ke?

    • Saya tak berapa tau… tapi kunjungan saya ke Saloma Vineyard ni kalau makan yang betul2 masak, tak masam. Tapi untuk maklumat lanjut u boleh emel pn saloma kat sitisaloma@yahoo.com. Dia juga, ada facebook, boleh la cari.. saya tak add lagi. Tak sempat… anyway, thank u singgah ke blog saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s