Cerita Aku dan Kunang-kunang

Ada yang panggil kunang-kunang, ada yang panggil kelip-kelip.

Malam tadi, gara-gara pulang awal dari ofis, sempat la aku melayan movie Princess and The Frog kat tv.  Biasanya kalau cerita kartun ni bukanlah pilihan utama aku.. Tapi lawak spontan dalam cerita ni buat aku tertarik sehingga ke akhir cerita.

Movie tentang seorang wanita biasa bercita-cita tinggi ingin membuka restoran. Tapi malangnya, gara-gara ingin mencapai impiannya untuk berjaya.. Dia telah mencium putera katak yang kononnya boleh menunaikan impiannya, tapi malangnya.. dia pulak yang jadi katak.. Aduh kesian.

Tapi endingnya best jugak, dia berkahwin dengan Putera Raja dan membeli restoran hasil duitnya sendiri. Oklah.. itu tak penting. Tapi yang menariknya, sepanjang dia jadi katak, si katak bertemu dengan kunang-kunang atau Ray…

Dalam filem tu ada kunang-kunang menyebut punggungnya besar, boleh menarik si betina. Betul2. Aku pernah bertemu seorang penyelidik dari FRIM, Pn Nada Badruddin yang menyelidik mengenai kunang-kunang ni.

Aku mengikuti tugas-tugasnya mencari kunang-kunang.  Tugasnya agak rumit.. yerlah kunang-kunang hanya menyala pada waktu malam, dan haiwan ni sangat kecil dan sukar dilihat… So dia terpaksalah masuk ke kawasan hutan di area Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang memang terkenal untuk kunang-kunang ni dan sebahagian tempat telah direzabkan oleh FRIM.

Dari seberang sungai, wanita ni akan menagkap gambar kunang-kunang. Pada ketika tu, tak boleh ada cahaya lain yang mengganggu.. kalau tak kunang-kunang tak pasang lampu. Off light.


So penting baginya melakukan aktiviti ni bagi menganalisa populasi kunang-kunang yang masih terdapat di kawasan itu.

Perkembangan yang aku dengar.. Alhamdullillah.. kunang-kunang ni makin bertambah. So boleh la dia memantau bagi mengelakkan haiwan ini dari terus pupus.

Walaupun secara teorinya belum dipastikan sejauh mana kunang-kunang ini boleh membantu manusia, namun ia penting untuk aktiviti entotourism ataupun aktiviti pelancongan serangga.

Sepanjang berkenalan dengan Puan Nada ni, aku lebih tertarik la pulak pasal kunang-kunang, dan banyak fakta baru yang aku dapat.. Antaranya untuk mengenali jantina haiwan ni mudah jer, yang jantan berpunggung lebih besar (itulah fungsi untuk menarik perhatian si betina) dan makanan utama haiwan ni adalah siput kecil, yang aku kira siput tu lagi besar berganda dari si kunang-kunang. Bila dan makan siput tu, mereka akan melepak dalam cengkerang siput tadi.

Sekarang nak jumpe kunang-kunang ni susah.. Lagi-laig tengah bandar KL. Mungkin kunang-kunang fikir dah terlalu banyak lampu, so save the light! Hehe…

Teringat AP aku kata… “kunang-kunang tu orang tua-tua selalu kata kuku orang mati”.. Adoiyai… Kalau korang nak tau apa lagi watak si kunang-kunang dalam Princess and The Frog, tengok sendiri k..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s