CeritaCinta TemanSaya Part 1

Ini kisah cinta temanku.

Tak pasti dia akan marah atau tidak jika aku menulis tentang kisah cinta mereka, tapi aku tetap ingin menulis. Aku kenal C sejak dari bangku sekolah lagi. C orang yang simple, biasa-biasa sahaja, tapi bercita-cita tinggi (aku rasalah..). Dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang mamat handsome tapi mungkin baginya tak cukup macho sebab putih sangat.. Aku kenalkan dia sebagai O.

Setiap Jumaat dia akan ke rumah kawan kami, L untuk tengok O  lalu naik motor kapcai untuk solat Jumaat di masjid hujung kampung.  L ni sekampung dengan D… Masa ni C baru di tingkatan 3.  Pandang punya pandang, jeling punya jeling atas pertolongan L, mereka pun berkawan la. Mamat ni rupanya sama ada hati dengan C, dan satu hari dia suruh L kirim salam pada C. Nampaknya C tak bertepuk sebelah tangan. Apa lagi melompat katak la C bila tau L pun syok dekat dia jugak… Huhu….

Lawak kadang-kadang tengok hubungan mereka ni.. Apa tak nyer, berdating tepi pagar sekolah.

Teringat satu hari selepas latihan netball di sekolah kami. Padang sekolah kami memang tak berapa cantik, memang lecak habis selepas hujan. Di hujung sekolah ada surau baru sedang dibuat. Tapi belum beroperasi.. Latihan netball selalunya habis jam 6 lebih, dekat-dekat pukul 7.  Bila semua budak sesi petang balik kami pun mula la buat terejal. Memang tak senonoh.. kami menghumbankan diri dalam air kolah dalam surau tu.. Petang giler kot, memang tak der orang dapat menghidu kegiatan sumbang kami ni. Haha.. Tapi best giler! Masa tu lah C elok dok berdating tepi pagar sekolah.C tak merasai kenikmatan mandi air kolah dalam surau sekolah tu…

C dalam pagar, mamat tu kat luar. Ntah apa yang mereka bualkan..

Tapi hubungan mereka ni tak lama. Mungkin C rasa mencuri-curi pandang lebih menarik berbanding bila dah berkawan. C selalu mengelak bila O call. Lagipun waktu tu C takut nak bergayut kat telefon. Yerlah.. tgh belajar la katakan. Of course la mak C membebel.  Cinta monyet la katakan. Tak pasti pulak siapa yang monyetnyer..

Hubungan mereka ni boring.. Boring.. Sampai la satu hari aku dapat tau C mula berkawan dengan D. D memang setia. Kononnyala.. Tapi aku rasa hubungan ni memang tragis! Nanti je lah cerita nak gi makan dulu. Chow…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s