Guru Tirai Besi

Hari ini aku bangun agak awal.. Sempat jugak tengok satu movie tadi, tajuknya Man I Met Online (lebih kurang la..)

Kisah percintaan budak sekolah dengan bekas banduan. Tiba-tiba aku teringat untuk menulis entry ni.

Aku pernah menjejakkan kaki ke Penjara Wanita Kajang, selain pernah juga ke Sekolah Intergriti Kajang iaitu sekolah untuk pelajar tirai besi bermula dari umur 18.

Aku memang respect habis dengan cikgu-cikgu di sini. Betullah orang kata, kerja sebagai cikgu ini memang kerjaya mulia, sampai matipun orang panggil cikgu.

Mereka ni mencurah ilmu tak mengira bangsa, dan siapa. Lebih-lebih lagi guru di penjara ni. Hari-hari mereka mengadap banduan yang dari pelbagai latar belakang. Ada yang membunuh, mencuri dan mengedar dadah.

Namun, demi satu tekad.. itu semua tak pernah menjadi penghalang.

Aku bertemu cikgu Azlin, yang bertugas sebagai tenaga pengajar untuk banduan yang bakal menduduki SPM.

Dalam sesi interview kami bersama cikgu Azlin dia menangis ketika terkenangkan seorang anak muridnya yang teringin untuk makan murtabak pada bulan puasa.

Maklumlah cikgu sekalipun, tak boleh bawak apa-apa ke sekolah penjara ini. Ceritanya lebih kurang begini.

Murid : Cikgu, boleh tak cikgu balik ni cikgu singgah ke pasar Ramadan dan cikgu beli murtabak, saya teringin sangat nak makan murtabak.

Cikgu : Kalau saya beli saya tak boleh nak  bagi awak, dalam penjara makanan tak boleh bawak masuk.

Murid : Saya bukan nak cikgu bawak masuk murtabak tu, saya nak cikgu makan murtabak tu untuk saya. Tapi cikgu makan, dan cikgu ceritakan macam mana rasa murtabak tersebut. (masa ni cikgu Azlin tersedu-sedan menangis)

Erm, tengok dia menangis aku pun hiba jugak. Tapi tak lah sampai nangis.

Tinggi betul rasa sayang dan kasih cikgu ni pada banduan di sini. Sebagai seorang guru di penjara, cikgu Azlin harus bijak menyesuaikan corak pembelajaran dengan sikap pelajar.

Jelasnya lagi, pelajar selalunya akan hilang mood bila tarikh perbicaraan semakin hampir. So kenala dia pandai-pandai tackle pelajar dekat sini, dengan memberi kata-kata peransang dan nasihat.

Apapun semoga cikgu Azlin sabar melayan kerenah banduan di sini. Dengan jasa cikgulah.. mereka mampu mengubah hidup ke arah yang lebih baik.. All the best to cikgu Azlin!

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s