Saya Sokong Earth Hour

Malam ni merupakan sambutan Earth Hour..

Earth Hour ni merupakan kempen anjuran World Wildlife Fund(WWF) untuk mengurangkan isu pemanasan global berikutan suhu dunia yang semakin meningkat.

Kempen ini disertai oleh 128 buah negara yang lain di mana lampu di kotaraya terutamanya akan ditutup selama sejam untuk menyokong kempen Earth Hour.

Khabarnya di Malaysia, beberapa bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur turut menyambut baik kempen ini, antara yang bakal bergelap adalah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, stesen minyak, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Planetarium Negara dan Sunway Pyramid.

Kita tengok…

Baguslah kalau macam tu.. Maklumlah bumi kita ni dah lama.. dah nazak lapisan ozon yang semakin nipis dan semakin panas, so elokkan kita menyokong kempen ni bagi membantu menyelamatkan bumi.

Bumi ni jer lah tempat tinggal kita, kalau tak der bumi tak der lah Ukay Perdana (umah aku), tak der Kuala Lumpur dan tak der Malaysia.

So tugas kita, padamkan lampu malam ni k.

Tapi harus diingat, perkara di bawah jangan dibuat di waktu gelap ni :-

  • Jangan mengada-ngada nak raba anak dara orang
  • Jangan nak jadi pencuri
  • Jangan tutup lampu kereta sewaktu memandu
  • Jangan hidupkan lilin lebih sangat
  • Jangan terkejut lebih-lebih bila orang padamkan lampu, kang histeria pulak
  • Jangan nyanyi, nanti hujan.. (dahlah gelap, hujan pulak)

Oklah, aku sokong earth hour. Insyaallah aku akan padamkan lampu rumah, dan merayap menggunakan lampu kereta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s