Hello Doctor, we meet again!

Hari ini, aku menjejakkan kaki ke klinik pakar kulit lagi. Seperti biasa. Orang tetap ramai.. walaupun hari bekerja.

Dah hampir 10 minit, nama aku masih belum dipanggil, dan aku tengok still ramai orang yang datang mendahului aku masih belum masuk lagi.

Boring. Kat sini ada sorang pekerja wanita, mungkin jawatannya receptionist atau kerani. Setiap kali aku datang, dia akan sibuk melayan panggilan telefon. Tapi hari ni lain sikit, dia bercakap ditelefon sambil di tangan sedang menulis appointement kad pesakit baru.

10 minit yang lalu

Dalam hati aku berkata, lantaklah.. Lenggang lenggok jer dia menulis sambil bercakap. Di letakkannya ganggang dan terus melayan customer di depan aku. “See doctor?” Dia bertanya, customer tu menggangguk tanda ya. Then dia tanya aku lak. Jawapan aku pun sama la…

Aku masih menunggu.

Tetiba aku nampak satu mamat ni, datang terus duduk tepi dia. Dia buat tak tau jer.

Mungkin rakan sekerja. Sebab aku dia buat tak tau? Ada telefon di kepit di telinga menggunakan bahu kanannya, sambil tangannya kini sibuk melipat dan menggoyakkan kertas untuk cacatan agaknya. Bagaimanapun dia tidak bercakap. Dalam hati aku berkata, dah-dah la telefon tu, kalau orang yang dicall tak angkat telefon…

Mamat yang datang sebelah tu, bertanyakan status kad dan ic yang ada di meja pun tak dilayannya. Dah hampir 10 minit, tetap telefon di kepit. Ish tak penat ker.. buat-buat ler letak telefon tu…

Dan dekat 15 minit dia berkeadaan begitu.. aku membuat kesimpulan dia bukan buat panggilan. Tetapi mungkin sedang mendengar lagu…

La.. kot yer pun pakai la hearphone. Mau tergeliatnya leher tu kang…

Ini membuktikan perempuan tu multitasking dalam kerjaya dia.. walaupun mendengar lagu sampai nak tergeliat leher, dia tetap buat kerja!

Ok, nama dah dipanggil.. Eloklah dah dekat sejam aku kat sini.

Advertisements

2 thoughts on “Hello Doctor, we meet again!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s