Sabah : Jururawat Desa

Bertemu jururawat masyarakat di kawasan pedalam Nabawan, Sabah.

Katanya, “Saya pernah sambut baby dalam perahu”.

Ceritanya bermula.

Selain bertemu pustakawan desa di Nabawan Sabah (rujuk entry lepas), aku turut berkesempatan ke Daerah Kecil Pagalungan di Nabawan.

Tiada jalan darat untuk akses ke kawasan ini. Perjalanan menuju ke Pagalungan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Nabawan menuju ke jeti Salung dan terpaksa melalui jalan yang serba daif dan tidak berturap. Untuk menuju ke jeti Salung jer, boleh tahanla…kebas rasanya punggung. Terpaksa melalui kawasan hutan, berbukit-bukau dan ada jalan runtuh. Sekali-sekala kami melalui beberapa biji rumah. (ada orang tumpang buang air)

Aku fikir kenapa agaknya diorang ni buat rumah dalam hutan ni? – Ada kawan kata, dah itu jer tanah dia ada.

Habis tu kanapa bukak tanah dalam hutan? – Dulu diorang ikut sungai.

Ooo… Stop.

Dari jalan utama tu, aku pandang ke bawah, mak ai sungai dia.. Berbatu-batu. Diorang ni biar betul nak suruh kita naik perahu… Ini water rafting boleh le…

Kami ni silap langkah sikit. Kami ke sana menaiki van, orang kampung agak pelik dan bertanya ok ke van ni? First time agaknya van masuk ke sini, aku pandang sekeliling, fourwheel drive jer yang ada. Patutpun orang pelik.

Kami tiba di Jeti Salung. Dari Jeti Salung, perahu menjadi pengangkutan utama ke Pagalungan.

Pagalungan. Di sinilah Siti Khairunissa menabur bakti sebagai jururawat masyarakat. Dia telah berkhidmat selama 2 tahun di sini. Satu hari seminggu dia dan kumpulan jururawat yang bertugas di sini, akan menggunakan perahu untuk ke rumah di kawasan kampung sepanjang sungai ini.

Sewaktu merakamkan realiti kerjayanya sebagai jururawat masyarakat, aku berpeluang mengikuti ke beberapa lokasi kampung bersamanya untuk membuat pemeriksaan kepada ibu dan anak yang baru dilahirkan. Kerjayanya saling tak tumpah seperti bidan kampung.

Cukup memenatkan… Dari perahu perlu menaiki bukit untuk ke klinik, sama juga seperti rumah-rumah pesakit yang dikunjung. Adakalanya, sewaktu air sungai surut, jururawat ini dan pemandu bot terpaksa mengangkat perahu ke tempat yang airnya dalam.

Oleh kerana kekurangan infrastuktur seperti line telefon dan jalan darat, ramai ibu-ibu yang terbersalin dalam perahu.

Bayangkan saja, dengan kudrat yang tidak berdaya untuk melangkah mereka terpaksa melalui tangga untuk menuruni bukit ke sungai. Kasihan ibu-ibu dipedalaman. Kos untuk menyewa perahu juga mahal. Dengan status penduduk yang miskin tegar, mereka tidak mampu untuk menyewa bot ke klinik.

Untunglah ada jururawat masyarakat yang tidak pernah letih menabur bakti di penduduk pedalaman. Sungguhpun begitu jururawat ini tidak pernah berputus asa. Mereka bertekad untuk membantu penduduk kampung di kawasan pedalaman ini bagi meneruskan kehidupan dengan sihat. Terima kasih jururawat, dan selamat hari jururawat (walaupun dah lepas).

Advertisements

3 thoughts on “Sabah : Jururawat Desa

  1. saya pernah menyeberangi sungai yang lebih kurang sama sifatnya…bayangkan seekor buaya, sebesar meja anda Cik Nora sedang memberi jelingan manja ! perghhhh…hanya Tuhan yang tahu…anyway Congrats berjaya melalui cabaran itew!!!

      • Rindu nak pergi tempat ni lagi. Kalau bukan kerana shooting, tak mungkin dapat jejakkan kaki ke sini. Tahniah jururawat pedalaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s