28… still young

Ada apa dengan nombor?

Besar maknanya. Maknanya bagi saya, saya semakin tua. Sepatutnya saya semakin bijak mengatur masa depan. Wajarkan saya berada di sini, di usia ini? Atau sepatutnya saya lebih jauh dihadapan. Entahla saya pun tak pasti.

Panggilan telefon dari “Sis Home” memang mengejutkan. Jam 12 lebih pagi 10 Jun 2011. Kali pertama anak buahku mengucapkan ucapan “Selamat Hari Jadi” dalam versinya sendiri. Terabur ayatnya… yang aku ingat, ada perkataan kek, hari jadi.. namun aku faham benar, dia ingin mengucapkan perkataan ini. “Selamat Hari Jadi Maksu”.

Kanak-kanak seusia Damia, mungkin masih belum cukup mengerti apakah ertinya hari jadi. Tentu sekali dia tidak boleh membayangkan apakah yang akan dilaluinya apabila seusiaku nanti.

25 tahun lalu, aku tidak pernah membayangkan aku akan berada di ofis, pada jam ini, shooting, editing sampai pagi.. Tidak langsung.

Apa yang aku bayangkan. Bila besar kerja di ofis besar, pakai baju cantik-cantik, pakai kasut tinggi.

Tapi hakikatnya, aku selekeh.. Jeans, selipar, kasut nipis jer… Kemeja, kadang-kadang t-shirt dan cardigan jer..

25 tahun lalu jugak, aku pernah bercita-cita menjadi seorang reporter.. tapi nyatanya waktu itu, aku tak pernah mengatur langkah untuk ke situ, dan lebih malang, aku masih kurang faham apakah itu realiti kehidupan seorang reporter.

Tapi kini aku mengerti, sangat mengerti. Bidang ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Harus cekal jika ingin berjaya. Harus kuat, kerana ada yang kata bidang ini sangat kejam.Walau adakalanya, aku menitiskan air mata, setiap kali itu, aku bangkit menyusun langkah. Berhati-hati jika tersilap langkah. Itu harus selalu.

Pada Damia dan Wani, anak buah kesayanganku, bijak-bijaklah kamu mengatur masa depanmu. Semoga kamu menjadi orang yang berjaya dan berguna.

Terima kasih atas kejutan pagi ini, terima kasih juga pada ibunya, kakakku Norhaliza Md. Zainal.Teringat ayat last Damia “Mak Su nak kek ape?” Hahaha… nak yg kat bawah ni boleh?

Advertisements

One thought on “28… still young

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s