9 July 2011

Jealous tengok blog kawan2. Blog aku jugak yang tidak update..

Sembilan Julai. Pastinya semua ada pengalaman yang berbeza pada tarikh ini. Perhimpunan BERSIH 2.0.

Aku mungkin bukan sebahagian yang memakai baju kuning pada hati tersebut, membuat perhimpunan yang menyusahkan, tetapi aku antara orang yang merasa kesan dari perhimpunan itu. Bagiku yang amat menyusahkan seluruh rakyat Kuala Lumpur. Segala urusan terjejas. Dengan jalan yang jem teruk. Apa yang mereka juangkan, hanya menyusahkan.

Arahan penutupan jalan tersebar luas. Aku yang pada ketika itu ada di Perak, memang tak sabar nak balik. Pada tarikh ini aku ada shooting penting. Aku perlu shoot moderator untuk episod satu programku. Jika aku tidak shoot pada hari tu mesti, program ini tak dapat ditayangkan. Segalanya telah dijadualkan, jika tidak mengikut jadual ini, akibatnya tidak boleh tx. Parah! Host kami pulak hanya free pada weekend.

Gara-gara roadblok merata tempat, kami yang bertolak 5 petang dari Perak tiba jam 12 malam di ofis. Sempat kami pulang ke rumah ambil peralatan untuk tidur di ofis. Di ofis ramai teman-teman lain, termasuk GM memilih untuk tido di sini. 12.30 am, aku terpaksa menghantar sahabat di Kota Damansara… gara-gara tidak larat, akhirnya aku tertidur di ofis itu, sehingga jam 6 pagi. Aku rasa akulah paling pengotor hati tu, satu hari tak mandi…

Melalui beberapa blokblock, aku tiba di ofis jam 6.30 pagi.. Siap2 dan mandi. Tepat jam 7.30 pagi host aku selamat sampai di ofis. Itu perkara yang paling melegakan.. Seperti dijadualkan kami sempat tiba di Sepang International Go Kart pada jam 10 pagi.

Apapun yang terjadi bagi kami shooting tetap diteruskan. Walaupun kami tau benar, banyak jalan tutup, tapi tak boleh nak buat apa.. Mesti usaha melepasi seluruh sekatan jalan.

Erm.. lega.. shooting berjalan lancar, walaupun cuaca tidak begitu cantik.

*Kat sini aku nak cakap, kalau kita ni kerja dengan dateline, apa pun dah tak takut dah… Janji dapat menepati dateline tu, ataupun kita yang dead. Haha…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s