Nuzul Quran

Kenapa kau datang ofis ni, kau tak keje ker?

Tak.. hari ni kan Nuzul Quran…

Oh.. Nuzul Quran, abis tu kenapa kau tak pergi masjid…?

Tetiba aku tergelak mendengar perbualan mereka ni…

Erm tak perlu lah pergi masjid tengahari buta ni… yang penting penting kita sendiri memahami apa tu Nuzul Quran tu hari diturunkan Al Quran, dan lebih penting baca Al Quran tu..

Aku rasa, aku pun dah lama tak berbuat demikian. Apa nak jadi dengan aku ni.

Al Quran ni dah tak jadi budaya untuk orang-orang bekerja macam aku ni, die dah jadi budaya kanak-kanak jer…

Rugi la kalau boleh baca Quran mase kecik tapi dah besar ni merangkak-rangkak la pulak.

Apa kata, sempena bulan mulia, dan bulan yang diturunkan Al Quran ini, kita luangkan sikit masa untuk membaca Al Quran… Jom la kawan2.

Firman Allah untuk dikongsi: –

Allah berfirman bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidangan petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman. (Surah Yunus, ayat 57)

“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)

Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: Ini adalah bulan al-Quran. Begitu besar penghormatan diberikan seorang aulia (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran, seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.

Sebenarnya, kalau kita fahami Al Quran tu macam-macam tersirat dalamnya. Yer la segalanya ada dalam Al Quran, dari sejak kelahiran kita sehinggalah kiamat nanti.

Mengaji


Aku mula-mula mengaji muqaddam, dengan mak. Lepas tu sampai Quran aku mengaji dengan seorang nenek dekat kampung. Erm.. nenek ni garang la jugak. Ada rotan panjang. Konsep die, hari ni dia mengaji 1 page, esok kita kena baca page tu pulak sambil dia dengar. Pastu dia baca page next dan seterusnya.

Setiap hari, adalah dalam 10 orang budak mengaji. Biasalah kalau dah ramai-ramai ni, ada jer bebudak yang degil.

Biasa la, time mengaji ni la nak mase nak jumpe akak-akan senior dan junior… Tangga rumah, jadi port tempat bergossip, citer pasal cikgu ni, cikgu tu.. budak ni budak tu… Merangkap mengumpat la jugak… Gossip punya gossip, sampai terlupa dah sampai turn mengaji. Sajer nak bagi panas line…

Past tu bila mengaji tersalah bacalah pulak… Memang silaplah… “Pap! pap!”. Kena libas dengan rotan panjang. Bukan orangnya tapi lantai. Uiiishh dalam maknanya tu.. Dah besar-besar tak elok nak marah, bagi hint jer. Tapi kadang-kadang ader jugak nenek tu membebel.. Huhu

Dah habis ngaji pegi balik! Yang belum, naik atas ni mengaji dulu…. Larik!  macam goog-good jerk entry aku ni ek.. huhu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s