Halal atau Tidak…


Hari ni isu sos tobasco tidak halal, semalam keluar majerin tidak halal, last week isu bufet Ramadan ada gambar babi, last two week berus ada bulu babi, last three week sosej ada babi. Amboi… semua nak ada babi. Penting rupanya babi dalam kehidupan kita ni ye.

So. tidak mustahil berdasarkan research yang aku dapati dari Jbtn Perkhidmatan Veterinar Malaysia pada 2008, babi disembelih sebanyak lebih 1.7 juta ekor, kerbau lebih  11 ribu ekor, lembu lebih 102 ribu ekor, kambing lebih 15 ribu ekor dan berbiri 4,197 ekor. Babi merupakan binatang paling banyak disembelih pada tahun itu.

So that, dalam menyiapkan program ni banyak research dibuat berdasarkan internet, paper dan paling penting dengan orang paling arif dalam isu halal haram di Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan orang JAKIM sendiri, atau Hub Halal Jakim.

Bagus jugak handle program berunsurkan halal haram ni, aku sangat berhati-hati dengan apa yang aku makan sekarang. Kalau nak diceritakan, aku boleh katakan 50% apa yang kita makan ni belum tentu halal. Kenapa?

Yer lah… siapa selalu makan di kedai angkat tangan? Orang kedai letak ajinamoto dalam makanan… berdasarkan research, ajinamoto yang diperbuat di Jalan Kuchai Lama sahaja yang halal. Ha? Macamana tu? Makan daging dekat kedai? Peniaga lazimnya gunakan daging import dari luar negara, pasti ke daging itu datang dari sembelihan yang mengikut hukum syarak? Makan sosej? Itu jangan ceritalah.. Isu sosej ada babi dah melambak dalam paper… So macamana makanan yang ada unsur babi ni bila ada dekat dapur kedai makan? Macamana kes tu? Nak samak? Yang suke makan kek tu? Kek tiramisu dikatakan seringkali diletakkan arak.. Betul ke tidak? Kena la tanya tukang masak tu sendiri yer…

Kadang-kadang boleh jugak terfikir kalau tak tau lagi bagus dari tau… Tapi tak boleh yer, sebab mencari halal itu fardu bagi setiap umat Islam. Maknenye, kena la tau… So sape yang dah bace entry ni, tak boleh ler buat-buat tak tau pulak..

Ni pulak halnya, kalau kita terus mengambil makanan haram : –

1) Bila dah banyak sangat benda haram masuk dalam badan, ia akan mendorong kita berperangai buruk dan degil.

2 ) Senang meninggalkan solat dan larangan Allah.

3 ) Tanpa disedari, kita mudah gagal dalam kehidupan.

Dan banyak lagi…

So, jadilah pengguna yang bijak dan sama-sama kita ambil berat sumber makanan kita. Ingatkan saya juga ye!

* Jangan lupa tonton Ejen Halal, Selasa 9.30pm

Advertisements

One thought on “Halal atau Tidak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s