Benarkah dunia akan berakhir pada 2012

Macam scary jer tajukkan?

Apa yang pasti kita memang tak tahu bila kiamat akan berlaku. Apa yang lebih penting cukup ke amalan kita ni? Mungkin kita lebih dulu pergi sebelum bumi.

Kalau diperhatikan sekarang discovery channel sedang gila-gila kempen 2012 end of the world. Banyak docu-docu menarik sempena hujung tahun ni, tapi kebanyakannyer repeat. Kisah tsunami kat Jepun tu ntah berapa kali ulang ntah. Tapi bagus jugakla.. Beri pengajaran dan peringatan pada penonton. Terutama macam aku ni, memang selalu lalai.

Memang Mat Salleh ni percaya 2012 ni macam-macam yang akan berlaku. Sememangnya diorang ni buat kajian. Tapi apa yang kita buat yer? Kajian memang tak… Bersediapun belum tentu. Tapi ciri-ciri akhir zaman tu memang dah nampak.

Hari ni baca paper pasal penemuan planet baru bersaiz bumi. Ia juga petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi. Ada batu-batan, tapi terlalu panas.

“Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius,” kata Fressin. – Berita harian onlie.

Dan jika benar sekalipun ianya boleh menggantikan bumi, berapa ramai pulak la yang mampu pergi ke sana…Confirm-confirm la orang yang kaya raya. Mungkin orang barat sekarang sibuk kumpul duit untuk keluar dari bumi.

Erm.. macam filem 2012 sangat…

Apapun, jika benar kiamat sudah dekat, maka eloklah kita persiapan diri masing-masing dengan amal ibadat, bukan dengan wang ringgit. Chill!

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s