Cerita basi saya

Assalamualaikum semua…

Perggghhh lama gila saya tidak menulis. Ini merupakan entri pertama dalam tahun ini, sedangkan ini telah masuk bulan ke 5 dalam 2012 atau lebih mudah menjangkau setengah tahun saya tidak menulis blog. Walaupun saya tidak menulis blog, tapi saya tetap menulis skrip episod-episod saya… Menulis dan menulis. Cuma mungkin bahan tulisan sahaja yang lain.

Pengenalan tahun. Tahun ini tentu sekali amat bermakna buat saya.. Kenapa? Saya akan menamatkan zaman bujang pada bulan Jun ini. Yes, sebulan jer lagi… Dan tahun ini jugak ramai rakan-rakan karib saya akan berkahwin, tarikh pun dekat-dekat jer.

Syafinah Othman, sahabat saya dari rumah sewa. Belajar di fakulti yang sama, tinggal bersama dan kerja bersama. Dia telah pun berkahwin dengan jejaka idaman hati Jasti Syahrizal pada bulan March yang lalu. Seorang lagi rakan, Aina Beeha dan Azrol (kedua-dua bekerja di Hijrah) pun berkahwin pada bulan yang sama.

Esok, sepupu pulak yang kahwin, kami pernah rapat masa kecik-kecik dulu, dan dia panggil aku kak Farah…

Bulan Jun nanti, Azeeda, Syarifah, Nazira, Suhana (kawan sekolah),Su (ofis lama), Kak Lin (housemate) ha semua kawin pada 2 Jun, which is sehari sebelum aku kahwin… Confirm2 la aku dah kat kampung dan tak dapat gi kawin korang, kecuaili Suhana sebab sekampung. Insyallah.

Persiapan perkahwinan? Saya seorang yang simple, dan pasti majlis saya nanti simple. Saya ni mudah, apa yang ditawarkan, saya terima. Kad kahwin pun saya amik pakej, pelamin pun pakej. Biar simple janji saya puas hati. Minggu ni, minggu sibuk untuk edarkan kad kahwin. En tunang pun selalu jer outstation, kebanyakan urusan perkahwinan, saya uruskan sendiri. Lebih mudah. Kawan-kawan yang baca, dijemput hadir ya..

*ini tulisan warm up! janji untuk menulis lagi!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s