Singapore : Universal Studio Singapore

Pejam celik, pejam celik dah dekat setahun aku ke Universal Studio Singapore (USS). Patutpun rasa rindu jer nak ke sana lagi. Hari terakhir dalam tahun 2011, aku bersama 5 orang geng lain berjaya menjejakkan kaki ke sini. Mula-mula memang payah sangat nak plan trip ni, macam-macam halangan. Maklum ler semua mak dara ni sibuk dengan urusan kerja.. Kerja! Kerja! Yerla wanita bekerjaya la konon.. Huk!Huk! (Yer ker…)

Ditambah lagi dengan nak beli tiket online tak de card kredit la untuk beli tiket awal. Yer la takut tiket habis, tak pasal-pasal jer gi Singapore sesajer… Tapi Alhamdullillah, akhirnya trip kami berjalan lancar. Dari KL ke JB kami naik kereta berlima, tong-tong la yer.. Maklumler perjalanan budget… Pastu tumpang tido kat rumah kakak salah sorang dari kami. Bertambah la save yer tak?

Mungkin trip kami ni boleh dijadikan panduan buat anda yang nak pergi ke USS. First cara mudah kalau tak ada kad kredi korang beli jer tiket kat terminal bas di One Utama. Yer.. One Utama (OU) kat Damansara tu… Ni alamat dan no. tel untuk memudahkan u oll’s cek tiket sebelum pergi. Jangan pergi terus, kalau habis buat penat jer OU tu…

BT 2A, Bus Terminal
1Utama Shopping Centre
No. 1 Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 7725 3771

Kalau beli tiket dekat sini sangat memudahkan perjalanan. Harga tiket dalam RM180. Sampai di JB, kami beli tiket bas di Tune Hotel dekat Danga Bay. Seeloknya korang beli awal, tiket bas pun macam pisang panas. Kami dapatpun nasib-nasib jer… Harga tiket bas RM25 je, pergi balik. Senang sangat, dari Tune Hotel terus masuk parking bas kat USS, 9.30 malam bus tunggu di tempat sama.

Alternatif lain kat sini, tapi saya tak beli kat sini.

Pasarakyat Bus Terminal

No 10, Ground Floor
Jalan Melati off
Jalan Imbi / Jalan Tun Razak
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603 2141 1771
Fax : +603 2142 2771

Itu jer yang kot yang boleh dikongsikan… Jom tengok gambar kami!

All the single ladies!

Macam Hollywood tak?

Kalau korang pergi USS, tapi tak masuk kat tempat Transformers ni memang menyesal seumur hidup!

Best giler biler diselematkan Bumble Bee… Erm, rindunya!

Meeting mak datin!

Show sempena New Year! Itulah untungnya pergi masa New Year, macam2 extra show yang ada…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s