Hati-Hati Keju Haram

Mungkin secara tidak sedar kita juga sering memakan keju. Walaupun hakikatnya keju lebih terkenal di negara barat.

Di negara ini keju sering digunakan sebagai penambah perisa contohnya di dalam roti, kek, pizza, burger dan biskut. Tapi sejauh mana kesedaran kita tentang halal haramnya makanan ini? Cheese kek la, cheese tart la, itu semua menggunakan keju tu..

Menurut pakcik google, keju berasal dariperkataan Portugis atau Queijo. (KUAIJO) Sejarah menunjukkan pembuatannya sudah dihasilkan sejak zaman prasejarah lagi.

Kini terdapat ribuan jenis keju di dunia menawarkan pelbagai khasiat tersendiri.

Statistik dari Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan rakyat Denmark, Greece dan Perancis adalah antara penggemar keju, apabila secara purata setiap seorang penduduknya menikmati 28 kilogram, 25 kilogram dan 24 kilogram keju setahun. (Amboi, gemuk tak?)

Keju mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Antara bahan yang paling penting dalam penghasilannya adalah rennet.

Dalam memastikan kehalalan keju, rennet adalah perkara penting. Ia haruslah datang dari sumber yang halal.

Korang tau tak apa itu rennet? Dan mengapakah ia mungkin tidak halal?

Rennet merupakan ekstrak yang dihasilkan dari perut anak haiwan seperti unta, kerbau, lembu, kibas, bebiri dan kambing.

Ekstrak ini menghasilkan enzim khas iaitu renin untuk anak haiwan tersebut menghadam susu ibunya. Rennet datang dari bahagian keempat perut anak lembu yang dinamakan abomasum.

Rennet yang digunakan untuk dijadikan keju, haruslah diambil dari haiwan yang halal dan disembelih mengikut hukum syarak. Rennet juga mungkin diambil dari babi, sekaligus jelas menjadikannya haram.

Bagaimanapun, selain rennet dari sumber haiwan, ada kaedah lain bagi menghasilkan rennet iaitu melalui rennet mikrob. Rennet ini dihasilkan melalui kaedah sains. Menurut Dr Alina, dari IKRAM, USIM, jika rennet mikrob digunakan, harus juga dipastikan gen yang diambil bagi menghasilkan mikrob adalah dari sumber yang halal. Jika tidak ia boleh menggugat status halal keju tersebut.

Keju lazimnya diimport dari negara tenusu seperti Australia dan New Zealand. Di Malaysia, antara keju dari luar negara yang mendapat mengiktirafan adalah dari jenama Anchor. Jadi berhati-hatilah.

Nasihat saya, janganlah anda membeli keju sebarangan, dan tidak diiktiraf Jakim. Tidak mustahil rennet dari babi banyak digunakan kerana babi sangat mudah di dapati dan menawarkan harga yang murah. Mungkin tidak di Malaysia, tetapi bagaimana dengan pasaran antarabangsa?

Tambahan hanya 1 pengusaha keju dari Malaysia yang mendapat pengiktirafan Jakim iaitu Friendly Farm yang terletak di Langkawi.  Perusahaan keju ini diusahakan Norzana Ghazali, bersama suaminya, Michael Bruschi, yang berasal dari Itali. Berikut adalah alamat pasangan ini bagi memudahkan semua mendapat keju halal: –

P.T. No. 301, Lot 1218, HS (M) 23-89, Kampung Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi

No tel : Yana – 012 2400395

               Ismail – 012 5577112

Semoga usaha mencari yang halal diteruskan oleh pelbagai pihak dan industri. “Sesungguhnya, mencari yang halal itu fardu bagi setiap muslim’.

*Rentetan skrip Ejen Halal – Penerbit

 

Advertisements

4 thoughts on “Hati-Hati Keju Haram

    • Ye betul tu. Rennet biasanya diambil daripada lembu.

      Sesetengah mazhab macam mazhab Hanafi membolehkan penggunaan rennet daripada haiwan yang tak disembelih secara halal.

      So, kebanyakkan kawan-kawan yang daripada e.g. Turki dan India, akan selambe je makan cheese tanpa syak wasangka =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s