New Me! Mrs Azizan

Diam tak diam berbulan-bulan aku dah tak update blog. Bukannya tak nak update, baru tulis sikit banyak sangat gangguan. Jadinya makin bersawanglah blog aku ni. Kadang-kadang tu idea lak tak der, kadang-kadang bila idea mencurah aku pulak tak der masa. Tapi tak perlah.. hari ni aku menulis kembali! I’m back! (harap berkekalanlah…)

Tahun ni memang tahun yang paling memberi makna dalam hidup aku. Apa taknya, aku telah ditemukan jodoh dengan sorang mamat ni.. Hensem tak hensem sangat, baik tak baik sangat, kaya tak kaya sangat… Yang sedang-sedang saja, yang sedang-sedang saja (macam lagu Iwan tu..)Ni lah dia, En Azizan B. Attan.

DSC_0798

Haha tengok tu renungan masa depan!

Alhamdullillah, semoga jodoh kami berkekalan sehingga ke syurga. Korang doakan yang baik-baik untuk kami yer…

DSC_1020

DSC_0859

Sebenarnya, dah setengah tahun pun kami kahwin… Pengalaman lepas kawin? Erm.. itu rahsia. Aku menganggap perkahwinan ni satu perjanjian dengan Allah. Jadi sebagai seorang isteri, aku cuba beri yang terbaik! Tip top! (kononnya… haha)

Mungkin sebagai isteri, masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki. Yer la dah lama single mingle, tetiba nak kena lagi suami, macam pelik lak… Dulu kalau malas nak lipat baju biarkan jer kat rak tu tergantung, sekarang tak boleh dah… Baju pun dah double, kenalah lipat. Kalau tak alamatnya tak cukup ruang almari tuh!

Dulu kalau nak keluar, balik pukul berapa pun tak der siapa nak larang. Sekarang banyak pulak kena timbang tara. Tapi, ok.. Husband aku sporting. Nak keluar tak der halangan pun. Tapi aku tak pernah lak ambil kesempatan.. Nak jadi isteri mithali lah katakan…

Tahun ni dan tahun depan, ramai rakan-rakan yang berkahwin, dan akan berkahwin. Saya doakan supaya jodoh kita semua berkekalan sehingga ke jannah. Amin…

Oklah bubbai, itu jer yang aku boleh share buat masa ni.

Thank u kepada bestfriend yang sudi menjadi pengapit kami

Thank u kepada bestfriend yang sudi menjadi pengapit kami

Shooting outdoor - jauh cari padi ni, utk makluman tempat aku tak der padi pun...

Shooting outdoor – jauh cari padi ni, utk makluman tempat aku tak der padi pun…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s