Penting untuk bakal pengantin!

Kad kahwin comel kami

Kad kahwin comel kami

Bercerita tentang perkahwinan, nak jugak aku sharekan persediaan ke arah alam berumah-tangga. Takut-takut ada rumah, tangga tak siap! Dalam kegairahan kita menuju hari bahagia, macam-macam persiapan perlu diselesaikan. Maklumlah kos perkahwinan sekarang bukannya murah… Macam-macam yang perlu dibeli. Dan kita sebagai insan biasa, tentu sekali ingin menjadikan majlis kita ni luar biasa, lain dari yang lain… Barulah special sikitkan… Taknaklah sama dengan orang lain. Itu sebelum kahwin. Perancangan memang tip top. Tapi lepas kahwin, dah fikir? Janganlah lepas kahwin baru nak fikir. Lebih baik rancang lebih awal.

Untuk bakal pengantin, korang kenalah juga sediakan bajet untuk beberapa keperluan basic di bawah ni. Ada jugak yang cakap, “ala, jangan risau hadiah kawin nantikan banyak….” Memang betul, tapi tak semestinya cukup untuk semua keperluan. Contohnya seperti di bawah ni : –

1. Rumah – Deposit rumah jangan lupa lak… Harga rumah kat kl bukan murah. Biasanya tuan rumah nak deposit 2+1, kalau rumah RM700 total dengan deposit api+air, dekat RM2500 jugak la… Carilah rumah berdekatan dengan tempat kerja, supaya kos tak melampung. Harga rumah biarlah ikut kemampuan, janganlah sampai sewa rumah tu menjadi beban selepas kahwin. Bagi yang berkemampuan, better beli rumah. Rumahkan aset… Kan lagi bagus bayar rumah sendiri dari rumah sewa… Apapun, sewa atau beli, yang penting rumah yang kita diami tu selesa. Bagi aku rumah yang tak bestpun boleh jadi sebab gaduh. Elak-elakkan…

Biarlah rumah tu kecil, janji selesa dan mengikut kemampuan

Biarlah rumah tu kecil, janji selesa dan mengikut kemampuan

2. Peti ais – penting ni, nak simpan lauk pauk. Kalau korang tak suka masakpun, at least boleh simpan air sejukkan…

3. Katil – kalau korang suka tilam, pun ok. Tapi set katil tambahkan seri bilik.

4. Tv – tv ni penting, kalau tak bosan. Tapi aku rasa ramai dah ada tv sebelum kawinkan… Tapi kalau tak der fikir2kan budget untuk beli tv yer..

5. Gas dan tong gas – ini penting, supaya boleh bagi en suami air tangan sendiri. Tak sedap pun tak per…

Oklah, entry ni saja untuk share, kot-kot korang terlupa.

*Actually, aku pun lupa pasal kos deposit rumah tu…  Sebab dok berharap dengan rumah yang dibeli. Tapi prosesnya lembab rupanya… Hehe, nasib cik abg ni orang yang beringat, adalah budget. Kalau tak tido officelah jawabnyer…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s