Medan : Terpukau di Lake Toba

Medan dan Lake Toba.

Ini adalah lokasi pertama setelah aku bergelar isteri. Kalau sebelum ni aku dan En Husband ke luar kawasan atas urusan kerja atau bersama kawan-kawan, kali ni berbeza dari biasa. Trip ni dah lama dah kami pergi, dalam 6 bulan lepas. Tp kerana kesibukan kerja, maka tertangguhlah niat, untuk menulis.

Ini bukanlah hanoymoon idaman sebenarnya.. ntah kenapa tanpa fikir panjang dan gara-gara kagum dengan tiket airasia yang murah ketika tu, aku terus jer beli tiket ke Medan. Hanya RM200+- jer, untuk dua orang. Sangat murahlahkan…

Trip aku ke Medan, tak lama.. 4 hari 3 malam jer. Sampai jer di Medan, dah ada pak supir yang menunggu. Awal-awal dari Malaysia aku dah amik pakej ke Medan siap2. Harga pakej untuk 2 orang kalau tak silap RM 900 ++ jer, murah. Kalau berminat korang boleh tengok kat sini http://www.jomlahcuti.com, pakejnyer pun perpatutan.

Setibanya di Medan kami diambil oleh Pak Supir yang telah diaturkan oleh travel agent. Dalam trip kami kali ni, ada 4 orang lain dari Malaysia. Dua-dua pasangan adik beradik. Oklah, boleh berkenalan, dan boleh la tolong amik gambar…

Dari Polonia International Airport Medan kami terus ke Danau Toba. Perjalanan memang meletihkan. Kira-kira tiga jam perjalanan, dengan jalan yang beralun. Erm, nak tido pun tak senang. Sebelum tiba di Danau Toba kami singgah ke kedai menjual ting tang, teng-teng, ting-ting, ting tong, ntah macam-macam lagi sebutannya. Ia sebenarnya kuih kacang. Takder gambar lak nak share… Next timelah.

Dipendekkan cerita kami tiba di Parapat dan check in di Danau Toba Cottage kira-kira pukul 4 petang. Cantik tempat ni, dikelilingi tasik yang biru. Tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Resort pulak atas bukit memang cun gilers!

DSC00141

Hotel kami yang dikelilingi tasik… Cantik!

DSC00114

Posing jap depan pintu masuk Danau Toba Cottage

DSC00152

En Husband lepak tepi kolam…

Petang tu kami jalan-jalan sekitar pekan Parapat ni. Barangnya lebih murah berbanding di Danau Toba nanti. Aku beli selipar bertulis Lake Toba dengan harga RM8 ringgit jer. Tak menyesal beli, kat dalam Danau Toba memang tak ada benda ni.

DSC00539

Day 2

Kami bergerak ke Lake Toba kira-kira jam 7 pagi. Dengan cruise yang disediakan, perjalanan merentasi tasik sehingga ke lokasi-lokasi di Danau Toba mengambil masa kira-kira 45 min. Sepanjang perjalanan, pemandangan memang cantik. Dengan air yang biru, dan dikelilingi gunung ganang, memang sesuai untuk release tension.

DSC00184

Apa yang menariknya di Danau Toba? Tunggu entry akan datang la yer…

Advertisements

2 thoughts on “Medan : Terpukau di Lake Toba

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s