Medan : Pulau Samosir dan Orang Batak

DSC00188

DSC00216

Menjejakkan kaki ke Pulau Samosir di Danau Toba. Kami di bawa ke perkampungan Orang Batak. Rumah Adat antara kebanggaan Orang Batak yang dipelihara sehingga ke hari ini. Terdapat tiga tingkat di rumah ini. Tingkat atas untuk menyimpan barang, tingkat dua untuk di huni dan di bawah adalah untuk binatang ternakan, seperti ayam. Pintu masuknya pula agak rendah, kira-kira satu pertiga dari pintu biasa di rumah kita. Dengan pintu yang rendah dan kecil ini, pastinya setiap tetapi harus tunduk untuk memasuki rumah ini. Ia sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.

DSC00206

Di dinding balai yang terletak di kawasan rumah ini banyak ukiran-ukiran patung cicak dan payudara. Cicak seolah-olah bergerak ke arah payudara. Macam gatal jer bunyinyer.. Hehe.  Kenapa cicak? Mengikut kepercayaan Orang Batak, cicak ni haiwan yang suka merayap-rayap di serata tempat atau rumah. Sementara payudara besar pulak melambangkan wanita. Kaum lelaki Batak suka menggembara, jadi ia memberi gambaran sejauh manapun kaum lelaki ini pergi mereka pasti pulang ke pangkuan isteri mereka. Bagi Orang Batak, perempuan yang mempunyai payudara yang besar adalah lebih baik, kerana mereka bakal melahirkan ramai zuriat.

DSC00215

Berdekatan dengan Rumah Adat, terdapat juga kawasan hukuman. Bagi mereka yang melakukan kesalahan  akan dihukum pancung kepala. Kemudian daging mereka akan dimakan oleh mereka yang menghadiri upacara tersebut. Kalau dengar macam tak percaya. Tapi perkara ini telah berlaku ratusan tahun yang lalu. Sekarang ni jangan risau la… Orang Batak tak makan orang pun.

DSC00197

Kesian, Mr Husband kena jadi demo pancung kepala…

DSC00232

Budak-budak kampung yang berenang untuk mintak sedekah… “Mintak wang kertasnya pak”. Kesian diorang ni… Tapi pemandu pelancong tapi tak beri bagi duit. Nanti ramai sangat datang.

DSC00241

Seterusnya kami dibawa ke Tomok Village. Macam-macam tempat kami lawati dan macam-macam fakta sejarah yang aku dengar. Dari kisah kuasa magic Raja, Raja Siallagan sehinggalah ke makam. Dan tak ingat. Otak semua betulkan? . Apa yang best paling aku ingat adalah tempat bershopping… Hehe. Kat sini lokasi shopping yang bagus. Boleh tawar menawar. Diorang punya rayuan suruh beli barang memang kesian. Kalau tak nak beli, takyah la lama-lama dalam kedai tu. Kat sini sempat la aku sambar fridge magnet and baju untuk anak buah. En Husband pulak giler beli gendang. Sampai tiga dibelinya… Murah katanya. Rasanya dalam RM10 ke RM30 jer. Baju boleh dapat dalam RM10 ringgit. Ok lah tu…

DSC00258

Time for shooping!

DSC00252

Yang belakang tu, makam anak raja. (kalau tak silap la…)

Seterusnya trip kami bergerak ke Brastagi dan bermalam di sana. Sebelum tiba di Brastagi kami sempat singgah ke beberapa lokasi lain antaranya menikmati teh dan pisang goreng yang mahal di Hentian Simarjarunjung. Tak best manapun… Mungkin perjalanan yang jauh, jadi pihak perlancongan sediakan tempat berhenti. Perjalanan ke Brastagi kalau tak silap makan masa dekat 2 jam.

DSC00269Senang hari Mr. Husband dapat teh halia

Singgah lagi di rumah orang batak. Then Air Tenjun Sipiso Piso. Nice view. Tapi jauh sangat nak berjalan ke air terjun tu, jadi kami just posing and beli barang dekat gerai jer. Lagipun waktu ni hujan. Air terjun ni berketinggian 110 meter tinggi dan kat sini juga kami boleh melihat keluasan Danau Toba dari sebelah utara. View memang hijau dan menakjubkan. Indahnya ciptaan tuhan…

DSC00294Lagi rumah Orang Batak. Sempat lagi buat tredmark kat sini

DSC00323

DSC00306

Seterusnya kami ke Brastagi dan ke pasar buah-buahan. Ingat nak naik kuda, tapi tak sempat. Lama sangat gi toilet… Sempat tengok kuda excident jer. Kesian. Nasib tak patah kaki dia. Yalah ada kereta kat depan break emergency, dia pun break emergency jugak. Tapi malangnya kaki dia plak yang terpeleot. Nasib baik orang sekeliling prihatin, cepat-cepat tolong bangunkan kuda tu… Tragic betul peristiwa ni…

DSC00328

Ok, ni saja untuk malam ni. Actually banyak tempat lagi yang kami pergi di hari kedua di Medan ni. To be continue.. Bye

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s