It’s Saturday

saturday

Salam semua.

Sabtu. Sepatutnya hari cuti. Bagaimanapun hari ni saya di ofis. Kenapa? Ya, ada sedikit kerja masih belum selesai. Terasa saya sebenarnya lately terasa kurang produktif. Masakan tidak, kerja mudah, saya mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Apa dah jadi. Kesudahannya, saya datang kerja hari ini. Sebenarnya dah lama saya tak buat kerja ni. (kerja sabtu) Kalau adapun biasanya kerana shooting dan outstation. Memanglah menjadi keperluan. Mungkin saya juga bernasib baik, kerana tidak membuat program life yang bersiaran pada hari Sabtu. Maka berbaloi-baloilah Sabtu itu. Hahahah..

Kalau nak dibandingkan di ofis lama dulu, Sabtu saya memang di ofis. Nak kata rajin pun tak jugak. Tapi ofis mungkin lebih mendamaikan dari rumah sendiri kot! hehe… Dan bukan saya sorang di ofis, ramai kawan-kawan kat ofis tu. Antara penghuni tetap yang sentiasa ada, adalah Pn Syafinah dan Pn Fiha. Tapi masa tu masih single mingle lagi…

Kelebihan Kerja Sabtu

Apapun, Sabtu adalah hari terbaik untuk membuat research. Dengan keadaan ofis yang kurang staff, keadaan yang senyap, saya ada fokus lebih. Tambahan lagi tidak terusik dengan kerja-kerja hakiki sebagai penerbit. Apa yang penting lebih fokus untuk membaca, membuat perbandingan dan analisis. Chaiyok! Semoga siap lah research yang dikehendaki boss hari ni. Takyah nak datang esk, lusa dan tulat. Cuti Raye China tu………..

Kenapa tak buat di rumah?

Di rumah masa untuk berehat dan hobi. Contohnya, menonton tv! Yeah the most favorite! Atau, memasak. Best, best! (walaupun tak terror mana…) Atau melayari internet untuk bersosial, facebook, instagram, tweeter, baca blog orang, tgk tiket air asia (pun boleh)…

Ok, doakan saya. Saya akan mula menggunakan Mr Google sebaik mungkin hari ni! Wish me luck. Chow………

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s