Pelajar Cina Sekolah Saya – Gong Xi Fa Chai!

Kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina, saya ucapkan selamat tahun baru… Gong xi fa chai!

Cerita pasal tahun baru Cina ni, aku tak pernah lupa satu cerita. Cerita giler masa zaman sekolah. Bagiku gilalah, sebab bagi kawan-kawan lain memang tak der tradisi pun pergi beraye rumah orang Cina. Biasalah bukan sebulu sangatpun. Tapi aku pernahlah pergi rumah budak Cina masa zaman sekolah dulu. Aku dengan kawan aku sorang, perempuan. Aku pun tak paham mana datang idea masa tu nak pegi si rumah Ng Chorng Jye, mamat paling samseng kat kelas masa tu dan popular di sekoalh. Dah kita ni selalu bergaduh, rebut kerusi la, dia tarik tudung aku la, aku sepak kaki dia la, tak pasal-pasal aku boleh plak nak gi beraya rumah dia! Tapi kira oklah, budak Cina kelas aku yang lain memang berkumpul kat rumah dia ni. Mak bapak dia tak ada. Rumah dah macam pesta. Diorang boleh plak main mahjong. Tapi aku tak lamapun kat sini, dalam 15 minit jer aku blah. Aku pun tak ingat aku makan apa. Rasanya makan limau dengan air coke jer. Kuih aku tak sentuh langsung. Aku rasa mula-mula niat aku bukan nak beraya la… Ntah la aku pun tak ingat. Tapi yang paling aku ingat ialah Ng Chorng Jye and geng-geng dia yang lain memang samseng taik kucing kat kelas tu. Dengan seluar bow cut, baju lengan pendek lipat-lipat. Adoiyai, macam filem 60an. Haha… Jangan marah ye Chorng Jye…

Aku sebenarnya taklah baik sangat dengan budak-budak Cina kat sekolah tu. Sehinggalah form 3, aku rapat dengan 2 orang mamat kat kelas ni. Selain Chorng Jye, samseng taik kucing yang sentiasa jadi musuh aku, aku rapat dengan Foo Kai Yuen and Er Chong Seng. Amik kau, nama penuh lagi! Dalam ramai-ramai, aku rasa dia ni la mamat Cina dalam kelas tu yang paling baik dan cool. Boleh melawak dengan baik, mahupun boleh menjadi pengajar yang baik. Baik-baikpun, kalau bergurau tu kasar gak ar, si Kai Yuen ni, kalau geram dia jenteknya tangan aku sampai lebam-lebam. Tapi kalau begitu lazimnya dia rasakan sepakan dan penumbuk aku ke badannya. Aku pun pandai perang!…Yang lain tu bukanlah jahat, tapi terejal aka nakal. Bukan tu jer, ramai jer nama-nama lain yang aku tak sebut kat sini. Yerlah budak baru nak up…

Ha ada lagi sorang yang aku ingat namanya sampai hari ni. Namanya, Lim Pang Tat. Kesian dia, kalau nak kenalkan diri jer orang gelak. Dia pun dengan muka terpingga-pingga tak faham kenapa orang gelakkan dia… Ye lah, kalau salah sebut tak haru bunyinyer tu… Budak-budak lelakilah yang paling gelak kuat.

Chong Seng pulak, selalu confius dengan berkataan kurus, kusut, dan kedut. Dia ni kurus orangnya. Bila dia tanya “kusut tak’? Faham-fahamlah yang sebenarnya dia tanya kurus tak? Atau bila di pegang-pegang baju, dia tanya “kusut tak?” itu bermakna kedut tak? BM dia memang tak berapa baik. Tonggang terbalik ayat dibuatnya…

Apapun, kenangan bersama group-group Cina kat sekolah menangah dulu, merupakan moment yang indah. Kelakar pun ada. Masa sekolah dulu, memang menyampah dengan diorang ni, tapi lepas sekolah bila cerita balik sorang-sorang punya perangai, rindu pun ada. Bukan menyampah sebab apa, kadang-kadang terejalannya tak masuk akal. Chong Jye, kena marah dengan cikgu, dia boleh lari sambil tumpang moto cikgu lain. Suh cikgu tu tumpangkan dia. Cikgu taditu dengan blur-blur terus bawak dia. Cikgu pun sampai tak boleh nak marah…

Sekarang aku tak pernah jumpa diorang ni. Yang aku tau cuma Chong Seng, yang sambung bisnes ayah dia yang bukak kelas memandu and kedai kereta. Sebab tu baru form 3, dia dah bawak kete parking kat dalam sekolah. Cikgupun ada yang naik basikal! Tapi dia ni very low profile, kawan-kawan lain plak yang poyo…

Itulah kisah aku dan kawan-kawan Cina.

Chow…

Advertisements

2 thoughts on “Pelajar Cina Sekolah Saya – Gong Xi Fa Chai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s