Pop Fest – First Step sebelum bergelar usahawan, hahahahahaha

Image

Ini adalah gambar kira-kira 2 bulan dulu… Sewaktu saya dan beberapa rakan yang lain berani-beranikan diri untuk memulakan perniagaan di Pop Fest. Sebenarnya bukan jual apapun, kami menjual barangan terpakai selain sedikit baju-baju baru. (untuk cuba-cuba).

Beberapa hari sebelum event beriyalah aku punggah semua baju-baju lama untuk dijual balik. Actually bagus jugak, untuk mengurangkan almari yang sememangnya dah nak termuntah tu. Baju-baju tu kami jual dengan harga murah jer… RM5, RM10, jubah yang belum dipakaipun RM30 jer… Rugilah sapa yang tak beli. Baju-baju kami ni pun bukannya buruk, elok lagi tau!

Ini merupakan pengalaman pertama aku berniaga di booth. Barulah aku tau betapa penat dan letihnya berniaga ni. Dengan booth yang dibukak ditengah padang, silap haribulan boleh gelap satu badan. Panas oooo! Balik rumah nak tercabut rasa tulang belulang ni. Tapi aperpun cabarannya, berniaga ni best. Ada kepuasan. Kalau kita rajin layan customer, insyallah customer beli. Seronok ler…

Pop Fest

Image

Sebenarnya, Pop Fest yang diadakan di Uitm Shah Alam ni, merupakan anjuran kali ke 2 selepas kejayaan kali pertama yang diadakan di Dataran Merdeka. Tema kali ini ialah Save Gaza dan 30 peratus dari hasil jualan akan didermakan di Gaza. Festival ini menggabungkan pelbagai elemen dalam satu acara, antaranya persembahan dari pemuzik indie, tayangan video, jualan buku pada harga yang murah. Sambutan kali ini agak memberansangkan walaupun student Uitm masih bercuti. Ramai juga pengunjung dari luar yang datang, mungkin sebab ada booth kami kot… Hehe

Image

Insyallah, esk kami akan berniaga lagi di Sri Gombak. Jemput datang! Tapi kali ini bukanlah baju terpakai… Surprise!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s