Penguin Malaysia

Tahukah anda, bahawa penguin juga boleh hidup di Malaysia?

Hakikatnya itulah yang berlaku di Underwater World Langkawi yang menempatkan kira-kira 60 ekor penguin yang terdiri dari jenis Rock Funger dan Penguin Afrika.

Walaupun suhu di negara kita tidak sesuai untuk haiwan comel ini, namun usaha yang di jalankan Underwater World Langkawi yang sering membuat kajian tentang penguin ternyata memberi peluang kepada rakyat kita untuk melihat haiwan dari kutub utara ini secara dekat.

Walaupun proses penjagaan haiwan ini amat rumit, terutamanya membabitkan suhu, namun Underwater World Langkawi berjaya merekodkan kelahiran 22 ekor penguin. Kelahiran pertama penguin di sini dicatatkan pada 17 Mac 2006 sekaligus menjadi rekod penguin pertama lahir di Malaysia.

Ha, siapa sangka, walaupun negara kita yang bersuhu panas ni, penguin pun boleh bertelur tau. Semuanya memerlukan kepakaran teknologi yang tinggi, serta kecekalan dan keprihatinan para pekerja di sini.

Bagi mereka yang ingin melihat penguin secara dekat, bolehlah ke Underwater World Langkawi. Tempat ini menggunakan 500 ribu air laut bagi menempatkan pelbagai jenis ikan, hidupan laut dan penyu. Terdapat juga 2 ekor anjing laut iaitu Paw dan Karen, yang dipelihara di sini untuk membuat pertunjukan setiap hari pada jam 12 tghari dan 3 petang.

Selain itu sebelum masuk ke kawasan akuarium, anda juga berpeluang melihat pelbagai specis burung dan mengambil gambar dengan haiwan ini.Tapi bukan penguin yer… Gambar ini, ketika saya berpeluang menjalani penggambaran di sini, kalau tidak jangan harap! Apply kerja kat sini dulu mungkin boleh.

DSC_0616

DSC_0617

DSC_0538

DSC_0716

DSC_0711

* Laporan dari sebuah akhbar tempatan, dari Institut Percy FitzPatrick Ornitologi Afrika Selatan, Penguin Afrika semakin berkurangan sehingga 60 peratus sejak tahun 2004 dan kini terdapat kira-kira 26,000 pasangan penguin yang masih wujud dan ia merupakan catatan paling rendah pernah direkod setakat ini.

Organisasi Kehidupan Burung Antarabangsa memberi amaran bahawa penguin Afrika merupakan antara 18 spesies penguin di seluruh dunia kini berdepan dengan kepupusan.

Antara faktor terbesar kekurangan haiwan ini adalah sumber makanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s