Yinchuan, China : Sofea Pelukis Kaligrafi Dari Yinchuan

SONY DSC

Wilayah Autonomi Hui Ningxia, merupakah wilayah yang mempunyai paling ramai penduduk muslim Hui dan jumlahnya iaitu 2.1 juta, mewakili 1/3 daripada jumlah keseluruhan penduduk di wilayah ini.

Wilayah ini terletak di bahagian barat laut China dan berada pada laluan padang pasir.

Kawasan barat China bersempadan dengan beberapa negara Islam. Pedagang arab, Parsi dan warga Mongolia yang berdagang di China, secara tidak langsung membawa perkembangan kepada sistem budaya ke negara itu.

Hubungan perdagangan antara kawasan barat China dengan negara Islam meningkatkan interaksi kebudayaan antara satu sama lain.

Umat islam China juga memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan seni lukisan dan tulisan, barangan kraf tangan, muzik, drama dan makanan di China.

Selaras dengan perkembangan Islam di China, tulisan khat tidak terkecuali.

Sekitar October 2011, aku berpeluang menjejakkan kaki ke Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia, China. Aku berkesempatan bertemu Sofea, salah seorang penulis khat dan lukisan untuk perhiasan dinding yang cukup terkenal di sekitar daerah ini. Gadis ini sangat peramah, walaupun baru kali pertama berjumpa namun kami seolah-olah sudah lama kenal.

SONY DSC

Antara lukisan yang digemari Sofea, kerana mempunyai maksud tersendiri. Jika anda lihat, di dalam tu, ada kalimah Allah

SONY DSC

Gadis dari keturunan muslim Hui ini, mengusahakan galeri lukisan yang terletak di kawasan perlancongan di daerah ini. Seni yang dihasilkannya kini mendapat penghiktirafan ke peringkat antarabangsa. Dengan usia yang muda, bukan senang untuk meletakkan dirinya sehingga kini.

Wanita lulusan Bahasa Inggeris dari Universiti Ningxia ini tidak menyangka, minatnya terhadap kaligrafi Islam memberi peluang dan ruang yang besar dalam hidupnya.

Minatnya mula dipandang sewaktu menyertai satu pertandingan tulisan khat di universiti. Tujuan dia menyertai pertandingan itu adalah untuk memenangi wang tunai yang dijanjikan sebanyak 5000 yuan dan digunakan untuk membiayai pengajiannya di universiti. Baginya yang hidup susah, nilai itu sangat besar. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya pada ketika itu.

Ternyata, perancangan Allah untuknya lebih bermakna. Walaupun tidak menang dalam pertandingan itu, bakatnya dilihat oleh Youth Business of China atau YBC pada ketika itu dan  memberi peluang buatnya menghasilkan lukisan untuk dijual dengan modal permulaan sebanyak 50 ribu yuan. Ternyata peluang ini disambut baik Sofea, sehingga membuahkan hasil yang lumayan sehingga hari ini.

Dia juga pernah ditentang oleh keluarganya kerana ingin memulakan perniagaan. Pemikiran lapuk keluarganya yang berasal dari kampungnya di Wuzhong yang tidak membenarkan kaum wanita bekerja ditentangnya sendiri. Namun, segala tanggapan negatif itu, berjaya dibuktikan dengan kejayaan Sofea hari ini. Baru berusia 25 tahun, pendapatannya kini sekitar 25 ribu ringgit sebulan, dan apa yang lebih membanggakan, dia turut menjana pendapat90 orang wanita di kampungnya dengan memberi upah mewarnakan lukisan kaligrafi.

Sebagai langkah berhati-hati Sofea, mendapatkan pengiktirafan hak cipta bagi mengelakkan sebarang kecurian idea. Lukisannya ini turut dihantar ke Kementerian Pelancongan untuk dikomersilkan. Begitulah indahnya kaligrafi Islam, sehingga mampu menjana pendapatan lumayan buat seorang gadis kampung seperti Sofea.

SONY DSCAntara lukisan Sofea

SONY DSC

Sempat pose! Tahniah Sofea…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s