Bandung : Shopping dan Kolam Air Panas Sari Ater

Toko Tiga

Lokasi shopping pertama kami di Bandung adalah Toko Tiga. Memang paling atas dalam list. Toko Tiga merupakan kedai shop lot 2 tingkat yang menjual jeans original dengan harga yang murah, antaranya adalah Lee dan Levis!

Aku boleh beli Levis dengan harga kira-kira RM100 jer, sebab ade diskaun. Kalau takder diskaun, dalam RM150 la…

Shopping-21

Rumah Mode

Rumah Mode terletak di Jalan Sukajadi. Ia merupakan Factory Outlets yang paling besar di bandung, ada kedai roti dan cendol yang best. Cendol dia tak macam cendol kat Malaysia, u oll kena try, rasanya memang best.

Macam-macam jenama ada kat sini, antaranya yang paling best adalah Guess, Top Shops, Forever 21, Victoria Secret, Armani, Polo dan sebagainya. Sempat la beli kemaja Burberry surprise untuk Mr Hubby as a birthday gift. Murah sangat, kalau harga asal hampir RM300 tapi dapat seratus lebih jer. Berbaloi la…

Shopping-23

Pasar Baru

Jika anda ke Bandung, tolong jangan lepaskan peluang untuk bershopping sakan di Pasar Baru. Mesti sumbatkan dalam ceklist aktiviti di Bandung yer. Kenapa Pasar Baru? Off coz sebab boleh tawar menawar. Boleh letak harga sendiri yang berpatutan.  Terdapat 8 tingkat yang menjual pelbagai jenis kain pasang, baju macam-macam jenis, tudung, telekung, jubah, handbag dan macam-macam lagilah… Biasa orang datang sini beli kain lace, telekong dan kain sulam.

Aku sempat la beli kain sulam dengan harga kira-kira RM 45 jer, sementara telekong dengan macam-macam harga. Paling rendah aku jumpa adalah dalam RM 15, telekong untuk traveller dan yang warna warni tu. Kalau lagi mahal, kain dia lagi baik la… Telekong yang kerawang-kerawang tu dalam RM50 jer, kalau kat KL boleh cecah ratus. Begitulah jugak harga jubah, tak sampai RM50 pun, bergantung pada design la. Tempat ni tersangatlah luasnya, memang tak habis nak pergi semua tempat dalam masa 1 hari. Rambang mata nak pilih memilih. Kami siap boleh sesat untuk balik ke tempat letak kereta. Dekat level yang sama pun boleh sesat yer, sebab tengok barang kiri kanan sama jer…Tempat letak keretapun padat bukan main yer, siap boleh blocking kereta lain.

bandung1

bandung3

Food court pulak terletak di tingkat 6. Dekat sini ramai juga la penjaja yang jual barang-barang macam fridge magnet, key chain, baju dan kopiah. Asik jer datang meraju-rayu suh beli barang dia. Tawar la harga paling murah, then beli jer… Tak yah cari tempat lain. Barangpun sama jer.

Bali Heaven

Destinasi last kami cuci mata adalah di Bali Heaven. Dah banyak sangat tengok factory outlet rasa nak muntah pulak. Tak tau nak beli apa dah.. So tak beli ape-ape pun kat sini. Barangan kat sini pun tak menarik sangat… Kelebihannya di sini juga terdapat kerja tangan orang Indonesia dan satu level untuk baju kanak-kanak.

SONY DSC

Sebenarnya banyak lagi tempat shopping yang aku tak pergi macam Cihampelas Walk, DSE Factory Outlet, Jalan Dago Factory Outlet dan Cibaduyut.

Sari Ater

Selepas bershopping di Pasar Baru kami ke menuju ke Air Panas Sari Ater. Ianya terletak berhampiran dengan destinasi terkenal Bandung iaitu Gunung Tangkuban Perahu dan Kawah Putih. Memandangkan sewaktu kunjungan kami ke sini, Gunung Tangkuban sedang mengeluarkan asap, jadi kami tidak digalakkan ke situ. Lagipun tak nampak apa, nampak asap jer la nanti…  Dalam perjalanan kami sempat singgah ke ladang strawberi dan blueberry untuk menikmati yogurt blueberry. Semestinya favorite i, u olls! So sedap sehingga menjilat jarilah…

SONY DSCBlueberry yogurt!

Perjalanan ke Sari Ater Hotel and Resort Bandung atau air panas ini mengambil masa kira-kira 1 jam . Air panas yang mengalir di kawasan ini, berpunca dari Gunung Takubang Perahu yang terletak berhampiran. Kawasan ini turut menyediakan hotel dan resort berupa bango dengan pelbagai range harga untuk penginapan dan aktiviti riadah seperti kawasan camping, flying fox, paintball, memanah, shooting target, go-kart, ATV, Jeep 4X4 offroad hingga Landys touring, pitch and putt golf garden dengan 9 hole.

Selain berpeluang untuk berendam air panas dan aktiviti lain, anda juga boleh memetik strawberi yang berada di kawasan ini atau menikmati air dan desert dari strawberi. Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang cintakan alam semulajadi.

SONY DSCLepak-lepak sambil hirup udara sedang kt ladang strawberry

SONY DSCAda story di sebalik gunting ni… Aku terbawak sampai airport yer dan aku buang dalam tong sampah airport

SONY DSC

SONY DSCSesi rendam kaki… Baik untuk kesihatan ni!

Advertisements

One thought on “Bandung : Shopping dan Kolam Air Panas Sari Ater

  1. Salam,
    Jom pegi bandung murah jer 235rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

    Tentative Program
    Day1
    *Tiba di airport Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *Membeli-belah di Factory Outlet
    At Jalan Riau (Heritage,
    Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
    Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Lunch
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
    *Dinner & kembali ke Hotel

    Day3
    *Check out Hotel
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *Airport transfer

    Term and condition
    *included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *included entrance fee tangkuban perahu sahaja
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *minimum 6 pax
    *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    sila contact kami untuk sebarang pertanyaan di :
    whatsapp : +62 838 2178 9103 (fast response)
    emel : icanyorke@yahoo.com
    Bandung Amanah Transport

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s