Ningxia, China : Komuniti Islam dan Masjid Chaoyen

SONY DSC

Suatu ketika dahulu China, pernah dikenali dengan negara tanpa agama. Revolusi Kebudayaan yang dilancarkan Moa Zhe Dong, menolak semua amalan agama di negara ini. Namun, sejauh manakah keberkesannya sehingga hari ini?

Islam mula tersebar ke China pada abad ke 7, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada masa itu, China diperintah Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang. Saad bin Abi Waqqas dihantar ke China melalui Jalan Sutera, merentas Asia tengah dan sampai di Wilayah Xinjiang seterusnya menyebarkan agama Islam di situ. Kini dianggarkan, 23 juta umat Islam di China, dengan kombinasi 10 etnik berbeza iaitu Huizu atau Hui, Uygur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar, Salar, Bonan dan Dongxiang.

Wilayah Autonomi Hui Ningxia, merupakah wilayah yang mempunyai paling ramai penduduk muslim Hui dan jumlahnya, 2.1 juta, mewakili 1/3 daripada jumlah keseluruhan penduduk di wilayah ini. Wilayah ini terletak di bahagian barat laut China dan berada pada laluan padang pasir.

Sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan, pendidikan etnik di Ningxia jauh ketinggalan. Pada masa itu kadar pelajar yang masuk sekolah rendah di seluruh wilayah, hanyalah 10% . Jadi tidak hairanlah masih ada penduduk di sini yang buta huruf.

Wilayah Autonomi Hui ditubuhkan pada 1958.  Bermula dari itu, dasar yang melibatkan penduduk etnik minoriti digubal dan dilaksanakan. Kini, sistem yang terdiri dari pendidikan asas, vokasional, dewasa dan pendidikan tinggi diwujudkan. Dan bagi menyokong sistem, masjid kini memainkan peranan sebagai nadi pendidkan.

SONY DSC

SONY DSC

Atas tugasan bagi program Majalah Islam, saya berkesempatan ke China, dan menjejakkan kaki ke Wuzhong, Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Bertemanankan rakan dari Yinchuan, perjalanan ini membawa kami ke masjid Chaoyen terletak, 5 kilometer dari Bandar Wuzhong. Matlamat kami kali ini untuk menjejak sistem pendidikan Islam di wilayah yang agak terpencil.

SONY DSCSempat la… belajar kungfu

Masjid Chaoyen, didirikan pada akhir zaman dinasti Qing, sekitar 100 tahun yang lalu. Pada zaman itu, agama Islam di daerah ini berkembang begitu baik sekali. Masjid ini didirikan sekumpulan petani yang tidak ingin melihat agama Islam mati di tanah rejim komunis ini. Umat Islam di sini pada masa itu, tidak lokek menghulurkan derma demi melihat generasi akan datang terus bernafas dalam Islam. Bahkan sehingga ke hari ini pun, madrasah ini beroperasi dengan mengharapkan derma dari orang ramai termasuk untuk bayaran tenaga pengajar.

Di masjid ini muslim Hui bebas berdakwah, mengembangkan syiar Islam. Di kawasan masjid, terdapat sekolah agama yang dikenali sebagai Ma’ahat Al Sakofah Al Islamiah Tasawwiwan, diasaskan pada April 2003.

SONY DSCBersama pengetua dan guru di Masjid Chaoyen

Maahat ini memberi peluang kepada 320 murid muslim Hui menuntut ilmu dunia dan akhirat. Kini terdapat 200 orang pelajar lelaki dan 120 perempuan. Mereka hidup serba kekurangan, daif dan tidak dilengkapi infrasuktur yang lengkap, namun itu bukanlah halangan untuk menuntut ilmu.  Masih tiada penggunaan computer, segalanya dilakukan secara manual. Malah sistem kumbahan juga tidak begitu memuaskan. Masih tiada bekalan air yang sempurna di toilet, dan sangat berbeza keadaannya di negara ini. Namun, segala kekurangan itu, sedikitpun tidak janggal bagi mereka di sini. Bagi mereka inilah syurga, di sinilah keluarga.

Terdapat 5 buah kelas dan diterajui 18 guru bertauliah. Mata pelajaran asas diajarkan seperti bahasa arab, sejarah Islam dan Cina, al quran dan hadis, fekah, akidah, tafsir dan bahasa Cina.

SONY DSC

Berbeza dengan maahat lain, murid di sini berpeluang untuk mempelajari ilmu kungfu jenis wushu yang diajarkan oleh Sifu Yaakob. Kungfu ini merupakan, kungfu yang menggunakan pergerakan yang sama seperti dalam solat dan wuduk. Kungfu ini merupakan warisan dari keluarga xifu Yaakob.

30 tahun dalam seni mempertahankan diri, xifu Yaakob ada matlamat sendiri. Baginya, wushu mampu membentuk keperibadian yang baik memupuk sifat kerjasama dan saling membantu. Selain itu, dia turut menegaskan bahawa wushu ini bukan digunakan untuk bergaduh, tetapi hanya untuk mempertahankan diri dari musuh dan menjaga satu sama lain.

SONY DSC

SONY DSC

Selain itu, pelbagai usaha dilakukan oleh sekolah ini demi meningkat martabat dan bersaing dengan sekolah lain. Antaranya, menyertai pertandingan seperti hafazan dan bacaan al quran.

SONY DSC

Semoga apa yang diperjuangkan oleh mereka di maahat ini, mendapat pembelaan sewajarnya. Ini realiti kehidupan islam di Ma’ahat Al Sakofah Al Islamiah Tasawwiwan, di negara kerajaan rejim komunis. Melihat cabaran Islam di negara ini, terdetik rasa syukur yang tidak terhingga kerana aku dilahirkan di sebuah negara yang bebas mengamalkan Islam sepenuhnya. Alhamdullillah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s